Sunday, May 15, 2011

peristiwa 16 mei : kita lekeh guru insyaallah allah lekeh kita



Esok dah 16 mei. selamat hari guru untuk semua guru di malaysia khususnya my  lovely wife...:-), guru adalah satu profesion yang sangat mulia dari sudut pandangan agama, akan tetapi dari sudut pandangan masyarakat  zaman sekarang ini mungkin melihat seorang guru hanya seorang kakitangan kerajaan yang hanya makan gaji dan tugas mendidik jatuh nombor dua.

Pada zaman dahulu, pandangan masyarakat pada guru amat tinggi. dalam apa jua keputusan yang ingin dibuat akan dipanggil insan yang bernama guru untuk duduk semeja memikirkan masalah yang ingin diselesaikan. tetapi sekarang, dimana kedudukan istimewa itu di mata masyarakat. silap seorang guru yang tidak pandai menyesuiakan diri kah ? atau sememangnya masyarakat dan pelajar pada hari ini sudah meletakkan taraf seorang guru sama dengan profesion yang lain.

Walau apa tanggapan masyarakat pada seorang guru hari ini, apa yang penting kita perlu ingat, kita sebagai orang islam wajib percaya pada ketetapan ilahi...betapa ramai di luar sana yang saya rasa lebih hebat latar belakang akademiknya, penampilan yang mantap dan cara percakapan yang hebat, tetapi mereka tidak memilih guru sebagai satu profesion..."alah kerja cikgu berapa sen sangat gajinya", "alah mereka yang jadi guru tu sebab nak makan gaji jer"., itu yang biasa kita dengar dari mulut-mulut mereka dan tidak dinafikan kadang-kadag kita sendiri pun berfikiran sebegitu.

Mengapa mereka tidak memilih untuk menjadi guru (termasuk saya) kerana allah tidak memilih kita !!.soal makan gaji, selagi kita bernama manusia takkan dapat dipisahkan dari faktor itu. tetapi bagi saya mereka adalah insan-insan terpilih, yang dipilih oleh allah SWT untuk terus menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa kita. oleh kerana ada segelintir diantara kita memperlekehkan seorang guru tidak mustahil dia akan lekeh selamanya, dan jika dia tidak lekeh anak dan cucunya akan lekeh.

Oleh itu hormatilah guru. kerana apa yang pasti kita takkan lekeh kerana menghormati seorang guru..SELAMAT HARI GURU.

12 comments:

Jahidih Saili said...

Dulu saya nk sgt jd guru tp xdpt..
selamat hr guru kepada semua pendidik..

harrazdani said...

jahidin saili..: ada cita2 nak jadi guru pun dah kira ok

adan said...

sebenarnya anak murid sekarang memang tak sama dengan anak murid zaman dulu.. anak murid sekarang tak boleh disentuh a.k.a rotan.. sikit2 masuk kes..!

ucu keyna said...

btol 2..
jgn perlekeh ckgu..
ucu de pngalaman pasal ni..
Allah 2 bile nk tnjuk,skelip mate je kan akhi...

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.>> kata2 saidina umar.. wallahu a'lam ^_^

Mr iz said...

ye selamat hari guru juga pada isteri en harrazdani dan juga kepada isteri saya juga...he he he... isteri kita adalah seorang pendidik... tanpa mereka yakni guru guru kita tidak akan jadi seperti sekarang... mampu menulis membaca.. memikir... begitu banyak yang telah dicurahkan untuk kita mencapai seperti sekarang... tak kiralah walau menteri sekali pun...mereka pernah bergelar murid dan dgn jasa gurulah mereka berjaya.. selamat hari guru pada semua guru guru semalaysia...

harrazdani said...

adan : mungkin ilap ibu bapa..
ucu : hebat...kata2 aidina umar senantiaa melambangkan kebranian dan ketakwaan kepada allah
mr iz : kita serupaaa..haha..tp gambar mata ponti yang seram tu.

ABU said...

selamt hati guru kepada guru guru semua..

sbnarnya dh bebrapa kali try apply nak jadi guru..tp tak dapat..stkt exam jak..dak takdir..

kerja sebagai guru mmg suatu tugas yg mulia..

*mode: nak jadi guru..:D

ABU said...

*hari

mcm ni lah said...

slmt hari guru,. kim slm kat wife yer,. sampaikan ucapan slmt hari guru sy ni,.

harrazdani said...

abu : cuba lagi....
tukang urut : insyaalah...tqvm

yatie Awang said...

seperti kata usman awang dlm puisinya, kejayaan besar kita sekarang, sejarahnya dimulakan oleh seorang insan biasa iaitu GURU

harrazdani said...

yatie : like your comment...:-)