Tuesday, June 7, 2011

Gambit memang Gamble syabas...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah hampir seminggu isu ini meletup, meletup bukan kerana faktor positif dalam video muzik tersebut tetapi apa yang dianggapkan seni oleh golongan anak muda sekarang yang bertentangan dengan pandangan ramai. Apabila melihat video klip ini saya beranggapan tiada bezanya dengan beberapa filem melayu yang ada sekarang yang mana kebanyakan pelakonnya menggunakan tag line "saya hanya ikut skrip" sebagai perisai mempertahankan beberapa adegan yang boleh kita anggap di luar norma-norma ketimuran dan agama islam. Apa yang membezakannya hanya video klip ini dihasilkan oleh seorang pendatang baru yang boleh dianggap hingusan dalam dunia seni yang tak seberapa ini dan yang satu lagi, yang saya sebutkan tadi dihasilkan oleh pengarah-pengarah yang boleh dikatakan otai dalam industri ini.

Yang penting saya nak bawakan disini, cuba kita lihat berapa jumlah mereka yang menonton klip video ini. Sehinggah saya menulis post ini jumlahnnya sudah mencecah 286 824 penonton, saya malas nak addkan klip video tersebut khuatir makin bertambah jumlah viewernya...:-), sungguh hebat bukan?, sesebuah klip video tempatan untuk mencapai tahap penonton sedemikian di youtube amat sukar dan tidak mungkin berlaku jika dikira tempoh klip video itu berada di youtube, jika klip video artis antarabangsa lain cerita lah sebab pasaran mereka luas..isunya sekarang siapa yang mempopularkan klip video ini ? dan saya pasti kebanyakan yang menontonnya adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang amat suka dan ghairah dengan berita-berita hiburan yang kontroversi.

Secara tidak langsung rakyat Malaysia telah mengantarabangsakan klip video ini dari segi jumlah penontonnya syabas. ini bermakna misi dan visi pengarahnya Gambit " pedang allah"  telah mencapai objektifnya dan semestinya Gambit memang Gamble...

Islam mengajar kita agar tidak memanjangkan perkara yang tidak elok dan melarang mereka yang melakukan keaiban dari mendedahkannya kepada umum...biarlah rahsia diantara insan dengan tuhannya kerana allah itu maha pengampun dan penyayang. setiap apa yang ditegah ada hikmahnya.

P/S lepas ni ada berita atau perkara yg kontroversi yang tidak membangunkan minda orang Malaysia kita diam-diam sudahlah biarkan mereka syok sendiri.

13 comments:

Anonymous said...

dah namanya kaum blogger
semua di joyah

si gambit femes (aku x kenal)
video dia femes (aku tgk dr entri siapa ntah)

tp tulah. tak kacau si gambit 'tak berdapur plak blog ya'... tade idea

zabid9897 said...

Gambit aku dah kenal sejak Tahun 1998... dia suka main judi.... heee (",)

Ratu Tak Cantik said...

pasal ape ni?

peNulis SeNjA said...

kawe x knal pulak ngan gambit huhuhu

harrazdani said...

mie : semua di joyah..hahaha
zabid : dah baca kisah tu...suspen jer.huhu
ratu : pasal video klip kontroversi yg kononnya utk pasaran US
ps : ambo pun kenal2 gitu jah..haha

kotak bulat said...

gambit~ kb tgk vdeo ni kt blog sape ntah..kebelakangan ni memg selalu baca isu pasal dia.. Kb abaikan je kewujudan dia, just pastikan fmily kb tak tgk video tu je.. lbih baik elakkan tgk, dari kecoh2 bg makin ramai tgk...hurm..

Anonymous said...

Gambit: kenal dlm cite awan dania je
Prema Yin: langsung x kenai sapa dia?
Vclip: dah tgk dr blog seseorg (normal sifat ingin tau apa yg di gembar gemburkan) dah tau dah bace tutup buku malas nk panjang2 kan nye lg :)

syuxer said...

kawe ada tengok muka dia dale drama..tapi x tau nama gapo drama tuh..ore tak berapa sohor ngat..cara dia hina blogger tuh berat nanang..tuh kawe nak marah tuh..huhu

Abu Bagi said...

kecoh blogger pasal ni..harap jadi pengajaran kepada kita semua, terutamnya artis2 kita ni..huhuhu..

iKhRam said...

semua ni pengajaran.. gunakan akal sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara..

pneumedic said...

pemes dek kontroversi je..klu tercapai pun misi n visi die..atleast kesan n pndngan umum tu terpalit atas nama dia..klu yng xknl gambit..akn tnye..gambit yang mane ni..gambit x-men ke?..jwpn terkini.."xlah..gambit yg wat video klip tutttttt tu...

kokser kokdam said...

hey kamoo.. menyepi je.. eheh

to gambit.. kaloo xnk heboh dlm blog, jgn wat isu.. ehehe

Sunah Sakura said...

hurmmmm...