Friday, June 10, 2011

harga durian di Malaysia dan di kota London





Tengok Buletin Utama semalam, memperihalkan tentang Petronas mencatat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Tengok berita ini happy pun ada,  sedih pun ada. Mengapa saya happy, happy kerana Petronas adalah sebuah syarikat GLC dan sumber daripada Petronas merupakan penyumbang utama pendapatan negara.  Manakala saya sedih kerana harga minyak dan gas makin naik sekaligus mempengaruhi harga barangan keperluan lain. Saya tidak hairan syarikat tersebut dapat untung besar, kalau saya saudagar minyak pun saya suka harga minyak dunia naik. lebih tinggi ia naik lagi besar untung yang saya dapat. Tengok pada laporan kat atas semuanya meningkat, sama peningkatan tahap tekanan darah rakyat  Malaysia.huhu

Namun syabas kepada Petronas nak kata macam mana lagi, ..... Keuntungan tersebut sedikit sebanyak dapat menyumbangkan ke arah pertumbuhan positif kepada ekonomi negara, sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup rakyat. Dengan dasar rasionalisasi subsidi atau penstrukturan semula subsidi yang dibuat oleh kerajaan di harap Petronas akan lebih maju dan duit yang dijimatkan daripada dasar oleh kerajaan dapat dirasai oleh rakyat bawahan secara terus. utamakan dahulu projek-projek yang berkaitan rakyat seperti di bidang pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan projek kebajikan lain agar rakyat tahu ke mana wang yang dijimatkan itu pergi. Bukan hanya menumpukan kepada projek-projek mega yang hanya menguntungkan sesetengah pihak semata-mata.

Saya beranggapan mungkin tidak semua rakyat Malaysia gembira akan pengumuman keuntungan Petronas ini. Yang gembira mungkin kawan-kawan kita di Petronas kerana memikirkan berapa bulan bonus yang akan mereka terima alhamdulillah rezeki mereka.  Kadang-kadang terfikir seperti memberi derma kepada orang kaya. selepas itu mereka menayangkan kekayaan dihadapan kita.huhuh Ini hanya pendapat saya, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. dan perbandingan minyak kita  murah berbanding singapura dan beberapa negara lain samalah seperti membandingkan harga sebiji durian di  Malaysia  dengan di kotaraya London.

9 comments:

peNulis SeNjA said...

seposen harga durian kot hahaa

jokergurl said...

ziarah dari bloglist jokergurl......
jom try up traffic dengan cara terbaru....hehehehee

http://jokegurl.blogspot.com/2011/06/traffic-mudah-dengan-global-auto-surf.html

Anonymous said...

minyak oh minyak...kena ikat perut pasni bleh slim huhuhu

syuxer said...

tak belum berkias2 bro..:)..bagi je tersurat hahaha..memang darah naik rakyat..untung2 dah dapat tapi x nak kongsi ngan rakyat huhu..apa tuh???wahhhh rakyat didahulukan

Anonymous said...

rezeki petronas.. tp, betul jugakla, hrap keuntunagn tu dapat effect kita rakyat bawahan ni.
*pakcik keje petronas, duit raya taun ni mesti banyak, he2

arituarini said...

untung bila bg kroni..rugi bila bg subsidi kt rakyat...

Anonymous said...

betollah
org keje petronas ni untung2

Wanie said...

bangge ngan pencapaian petronas..
tapi tu la, x happy pun..kui3

Udin said...

hurm.. tu la dengar aja berita Petronas untung leh senyum aja.. tapi dlm kehidupan harian harga minyak masih lagi mahal.. begitu juga brgn2 lain.. sekadar leh senyum dlm tangisan aja la kan.. huhu~