Tuesday, June 28, 2011

kerja itu ibadat


Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam kita bertungkus lumus menjalankan tugas harian di mana-mana sahaja, apabila kita bekerja  kita sebenarnya tidak boleh lari daripada tiga perkara ini iaitu yang pertama datang perasaan sedih, jemu dan sakit. Ini saya dapat daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias di youtube. Mengapa beliau menyatakan sedemikian ?

1) Sedih - sedih apabila kerja yang kita buat kadang-kadang tidak dinilai oleh orang atasan dan jika dinilaipun ianya tidak seperti yang kita inginkan. Kadang-kadang orang lain pula yang mendapat ganjaran yang lebih daripada kita walaupun secara nyatanya kita yang lebih produktif.

2) Jemu - perasaan jemu dalam pekerjaan akan sentiasa ada, kadang-kadang kita rasa jemu buat sesuatu kerja yang setiap hari adalah sama. dan perasaan ini bertambah parah apabila sesuatu pekerjaan itu dilakukan bukan minat dan atas kehendak hati kita.

3) Sakit - dalam menjalankan pekerjaan, tidak terkecuali juga kita akan sakit disebabkan kerja yang kita buat...ada yang mengidap tekanan darah tinggi, migrain dan pelbagai lagi akibat tekanan ditempat kerja.

Namun walauapapun perasaan yang timbul semasa kita bekerja, yang paling pentig hendaklah perbetulkan niat terlebih dahulu...kalau kita bekerja semata-mata untuk mengejar kebendaan semata-mata...ada orang bekerja atas pelbagai faktor....bagi saya tidak salah jika kita meletakkan faktor kebendaan sebagai faktor utama tetapi perlu disandarkan dengan unsur rohaniah dengan menganggap kerja yang kita laksanakan itu adalah satu ibadat.

Dan jika kita berfikiran sedemikian insyallah kita tidak akan bersedih dalam melaksanakan tanggung jawab dan sentiasa produktif tanpa mengenal erti jemu. Jika suasana ini dapat diwujudkan secara automatiknya persekitaran kerja yang sihat akan wujud dan yang paling penting kita sentiasa diberkati...;)

13 comments:

peNulis SeNjA said...

haha hari2 keje .. kesian ayah ps huhuhu

Unknown said...

bui bekerja sebab nak bantu hubby..sekarang kalau suami jer bekerja rsnya agak susah nk survive..melainkan gaji suami besarlah..

MARIA LIZA said...

tak kisah lah apa pyang kita rasa bila bekerja yang penting nawaitu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pnting niat itu..

kerja tetap krja..

kotak bulat said...

bila berkerja dgn niatnya betul, jadilah kerja tu ibadah..buat kerja pun blh dapat pahala.. :) niat tu pnting dalam semua hal yang kita buat kan..

Unknown said...

betol itu..lakukan kerja mesti dengan niat yang betol..jika niat kita melakukan kerja itu semata-mata kerana Allah..incya-Allah akan dipermudahkan oleh Allah...lagipon yang memberikan rezeki adalah Allah..manusia hanya perlu berusaha dan berusaha

Terbelog said...

yup
bekerja itu ibadah
agree sgt

arituarini said...

yup btul bro... kerja dgn niat yg btul... kih kih kih

Unknown said...

niat kerja dengan ikhlas kerana Allah taala baru rezeki yang masuk itu berkat...

syuxer said...

aku setuju kata2 bro khairil..:)..janji berkat walalu sikit

Browacana said...

Setuju dengan kerja itu ibadah.... :)

Alif Haris said...

kerja dgn ikhlas adalah ubatnya kpd semua perasaan negatif tu :)

kokser kokdam said...

ikhlas, sabar, tekun

=D