nak join segmen best anjuran wancikgumuzik ini sila klik SINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari bapa disambut sedikit hambar berbanding hari ibu...mengapa yer? dalam blog pun saya rasa tak semeriah hari ibu yang boleh dikatakan semua blogger membuat entry menghargai seorang wanita berstatus ibu. Sebelum ini saya ada buat satu entri berkaitan hari bapa yang mana membincangkan tentang semakin kita hebat dan bijak semakin jauh kita dengannya. dan alhamdulillah ai merupakan satu entri yang paling banyak mendapat respond dari kawan-kawan blogger.
Sudah menjadi kebiasaan seorang anak akan lebih rapat dengan ibunya, ibulah tempat meluahkan segala permasalahan dan kehendak dan perkara berkaitan kewangan walaupun ibu tidak bekerja. Ini kerana seorang ayah sudah sinonim dengan sikap tegas dan garang dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna suatu hari kelak. Namun disebalik sikap tersebut terselit satu naluri kebapaan yang sangat dalam pada hati seorang bapa sebenarnya. jika difikirkan dalam hidup saya, pesanan dan doa abah sentiasa mengiringi hidup saya.
Abah seorang yang tegas...abahlah guru al-quran kami, garang abah ketika mengajar tuhan saja yang tahu, kalau tak keluar air mata tak sah, memang gerun kalau kesilapan yang sama diulang-ulang beberapa kali...tunggu je lah rotan hinggap dilengan...tetapi dengan ketegasan itulah kami adik beradik berjaya khatam al quran...terima kasih abah.
Dalam pendidikan formal abah saya seorang yang berpandangan jauh, abah pernah berpesan...jangan risau pasal pekerjaan, belajar dan terus belajar..bila sudah ada ilmu insyaallah rezeki akan ada" itulah jawapan abah apabila saya memberitahunya agak sukar mendapat pekerjaan selepas bergraduat. dan hari ini kata-kata tersebut memang ada benarnya. Abah sumber inspirasi saya.
Ketika anak-anak semakin dewasa dan memasuki alam pekerjaan abah berpesan " kerja mesti bersungguh-sungguh...jangan lewat ke tempat kerja" ...abah pesan begitu kerana bagi beliau ketepatan masa sangat penting untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang....
Ketika anak-anak sudah memasuki alam keluarga abah pesan " faham dan tahu tanggung jawab masing-masing" alhamdulillah hidup kami bahagia berkat doa dan restu abah dan ummi.
Namun hakikat yang mesti kita ketahui dan terima...abah tidak akan selamanya ada bersama kita...yang akan kekal bersama dan mengiringi kita ialah doa dan nasihatnya...tetapi hari ini berapa orang diantara kita yang ingin membuat sesuatu keputusan penting bertanya abah dan minta pandangannya..." ahhh.... abah apa tahu "... mungkin ayah kita tidak tinggi pelajarannya tetapi dalam hidup ini yang kita perlukan ialah keberkatan..
Dan hari ini saya juga telah menjadi abah..tetapi saya akur saya tidaklah setegas abah dalam mendidik anak-anak..rupa-rupanya macam ni jiwa dan perasaan seorang ayah...benarlah orang kata kita tidak akan faham selagi kita tidak mengalaminya...dan hari ini saya sudah faham betapa abah saya dalam hatinya sentiasa fikirkan bagaimana untuk melihat anaknya sentiasa gembira dan berjaya dalam hidup menjadi insan yang soleh dan berguna kepada agama bangsa dan negara kerana apa yang dirasainya sedang saya rasakan sekarang....selamat hari bapa buat abah.
22 comments:
trbaikk bro..gudluck..
yeah gud luck.. :)
tersentuh ati baca ni.. gud luck tau.. :)
thanks join segmen nih.. aku menangis baca karangan nih,,, tersentuh sgt2...
abah aku dh tak ada kat dunia nih.. selamat hari bapa utk ang...
doakan aku cepat2 jadi bapa...
arul : hang lagi terbaik....blh buat lagu best..
jeijah : tqvm
KB : tqvm...semoga sy berjaya menjadi abah yg baik
wan : hang memang muka legend tp hati lembut...;)
waa..dah jadi abah..mesti best kan..huhu..selamat hari bape :)
AAH KAN.I DO REALIZE IT.CELEBRATION FOR FATHER'S DAY TAK SEHEBAT HARI IBU.(':
huhuhu sedih baca..dah la abu dah tak ada ayah..
abu nak jdi ayah jugak...arghh!!
slmt hari ayah pd en harrazdani..
bab masa tu ...aku rasa aku terkena....keh3
SEDIH BACA
SELAMAT HARI BAPA
happy father's day to you... =)
pengorbanan abah x ternilai kan :)
slmt hr bapa buat abah incik n slmt hr bapa buat incik juga :)
terharu rasanya... semakin rindu rasanya kat daddy.. huhu
terbaik entry ini..kadang2 bapa seperti menjadi seperti unsung hero....wira yang tak didendangkan...
betul tu..mmg terbaik..tahniah juge =)..sy blum lgi..hehe
tersentuh hati baca entry nie. mmg betul kurang meriah skit blog ngan entry pasal hari bapa nie. mcm dak eina pon lebih rapat ngan mak dr abah. pape pon, dak eina syg dua2nya.
selamat hari bapa buat semua bapa termasuk empunya blog :)
ohh ayah :')
slmat hri bapa juga :)
terbaik entri neh..lebih2 lagi bro sendiri seorang ayah..:)..tersentuh hati membaca entri neh..
ayah kawe pun bekeng gak..loni dia bangga anak2 semua dah berkerja cuma hok anak jate tok nikah2 lagi heheh..:)
selamat hari ayah untuk demo dan ayah kawe serta ayah2 di dunia neh..
touching.....
wuhuuuuuuuuuu....nak balik umah...
selamat hari bapa.. dalam rumah, kalau ada yang lembut, mesti ada yg tegas.. kalau ada emak yang memujuk, mesti ada ayah yang garang memarahi.. begitulah sempurnanya kehidupan dalam berkeluarga.. bapa hari ini lain pendekatannya.. mungkin zaman pun sudah berubah..
semoga menajdi seorang ayah yang baik dan memahami.. seorang ayah juga boleh memahami anak2nya sebaik ibu mereka.. kerana ada msa saya turut berkongsi perasaan danmasalah dgn abah saya..
Post a Comment