Monday, July 11, 2011

Barack Obama | harapan yang tertunda


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 20 Jan 2009 saya begitu teruja..Pertama kerana itu adalah hari jadi saya, dan yang kedua ialah secara rasminya Barrack Obama dinobatkan sebagai  Pesiden Amerika Syarikat yang ke-44. Beliau memecahkan tradisi yang dominasi warga kulit putih untuk menduduki rumah putih yang bertahan selama 232  tahun selepas Amerika Syarikat mencapai kemerdekaannya..Dan yang paling penting beliau dilihat oleh masyarakat islam dunia sebagai seorang Presiden yang lebih terbuka tanpa terlalu dikuasai oleh puak Yahudi dalam menetukan dasar-dasar politik terhadap negara islam khusunya terhadap krisis pergolakan Israel - Palestin yang telah meletus sejak sekian lama. Saya mungkin sedikit obses tentang beliau sehingga saya membeli buku karangan beliau iaitu 'the Audacity of hope" yang menceritakan tentang latar belakang beliau dari seorang peguam biasa mendaki sehingga ke puncak kekuasaannya sekarang.
 

Namun kini, harapan itu bagi saya hanya tinggal harapan. Apabila membaca berita semalam yang menyiarkan tentang penentangan Obama terhadap percubaan satu pihak yang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi sebuah negara Palestin yang merdeka. Sebaliknya beliau terus menyokong dan berusaha untuk menjayakan rundingan langsung antara Israel dan Palestin yang bagi saya sudah berlarutan sekian lama dan mungkin tiada penghujungnya.

Sesungguhnya politik itu boleh merubah banyak perkara terutamanya watak dan sikap manusia. Saya yakin seluruh umat manusia khususnya islam amat berharap sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan beban dan mudharat yang di bawa Amerika kepada dunia selama ini, terutamanya isu Iraq dan Palestin tetapi apa yang boleh kita lihat sekarang ialah perkara yang seakan sama dilakukan oleh presiden sebelum ini...tentang pendirian beliau terhadap isu pergolakan di asia barat tersebut. Saya melihat perubahan yang ingin beliau bawa dalam slogan kempennya "Change We Need" tidak kemana-mana...mungkin ianya dirasai oleh rakyat Amerika tetapi bukan kami.....Mengapa saya katakan kami !! kerana apabila seseorang itu dinobatkan sebagai Presiden Amerika...beliau juga dianggap presiden kepada dunia...

12 comments:

syuxer said...

sapa2 nak jadi presden A.S harus tunduk kat yahudi..itu antara terma patut diikuti kot

arituarini said...

syxer itu syarat2 no 1 tu..sejak zaman berzaman...kalau tk nk ikut..tk dpt naik la..ki kih kih kih

Anonymous said...

dulu jatoh chenta ngan obama ni..lelama cam hilang lak rasa chenta tuh huhuhu..

Unknown said...

oopsss..politik..politik..lariiiii *_*

Unknown said...

nie politik lh bro.. biaselah negare amerika sudah dikirakan ngre paling beso dan berpengruh...

iKhRam said...

itulah kuasa politik..
entahlah.. kadang-kadang bingung dgn isu dunia hari..

apatah lagi kalau memikirkan palestin.. yg tak sudah2 menjadi satu penindasan kepada kita rakyat islam di seluruh dunia..

bg saya..
kalau dah amerika tu.. tetap jugalah amerika..

Anonymous said...

mcm tu ler politik
even kat malaysia

Fathiah Hamim said...

obama manis mulut ja

Unknown said...

obama nih adoii

Unknown said...

sesiapa yang jadi presiden AS secara langsung atau tidak alngsung keputusannya pasti akan pro kepada Israel...

Tinta Lana said...

Urmm..apa nak cakap ni ya..aduh dani..jadi blur kejap,hehehe.

Terbelog said...

btl la
isu ko ni
bertaraf dunia ni
blh usul kat parlimen
siyes wo