Monday, July 18, 2011

Entry copycat | perempuan Malaysia tertekan....


Assalamualaikum dan salam sejahtera....tertekan rupanya orang-orang perempuan di Malaysia ni...tangga ke 16...hmmmm not bad laaa...berita saya petik dari Malaysia laa ni.. entry copy paste ..huhu skali skala apa salahnya dak...nak berkongsi maklumat. (kata-kata cikguwanmuzik)

Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita. Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.

Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).

Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13. Menurut “Economic Times” India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya tidak berubah.

Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden. Walaupun wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam pasaran negara yang berkembang.

Satu sikap yang khusus mengenai wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum, mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja untuk pakaian.

25 comments:

Hafeesz Amran said...

adoii..
dlm byk2 Malaysia no 16?? huhu

Anonymous said...

adakah saya tergolong dlm golongan wanita india itu???? tensen je shopping barang make up wawawawa..eh lupa tgh pengsan shiuuu~

safurara said...

rara tertekan sbb brg mekap lagik mahal skrg.haih~

MARIA LIZA said...

mungkin la kot sebab kerja, rumah, keluarga, belajar, dll..mau tak tertekan tapi saya ada terapi sendiri untuk elak tekanan...

arituarini said...

dlm malaysia lak paling tertekan bini najib ..kih kih kih..

wan_cikgumuzik said...

huh..!! majok ahh bubuh nama aku tak backlink..!! hahahahhaha

Fathiah Hamim said...

tak da shopping barang mekap. hehehe

syuxer said...

iskkk bahaya neh..kan kalau wanita jadi hulk lagi nahas heheh..

Unknown said...

bahaya juga nie..wanita oh wanita skrng nie..tpy bnyk juga perkara yg menyebabkan wanita stress..

cik pip said...

tension2..hehe:p

Terbelog said...

mental mcm ni hehe

Unknown said...

wanita tertekan kerana shopping saja ke?...

Tinta Lana said...

abgdani, apesal baca artikel ni je pun da rasa sket tension ya?hahahaha.

Tangga ke 16..hurmm..teruk gak ya.

Unknown said...

pompuan malaysia yg tertekan mungkin sbb ta kawin kot :D

Unknown said...

bolek pulak erk die buat analisis. huhu... woah... mlaysia top 20!

Karya Hati said...

stress2..hahhaha

Hafizin Jamil said...

saya laki2 yer..haha

Diari Si Froggie said...

rasanya betul pmpn lagi banyak tertekan..mengaku nie ha. tapi jgn la sampai buat kerja gila. hihi

Daddylicious said...

nasib baik lelaki ...hehe

kotak bulat said...

lepas ni nak kurangkan tension la..tp da mula study ni mesti jd tertekan byk2.. hehehe.. :P

Alif Haris said...

sy berjantina laki laki .. hehe

tp xpe .. pmpuan tertekan ..laki support ^^

LiFe KaMi said...

jangan tensen2 buat pening jer..
tarik nafas dan relax..
baru bole turun ketangga 100 pula..:)

Cikya said...

kalau kira proportion duit, makanan paling banyak berbanding pakaian dan produk kecantikan..
makan itu penting.. :D

Afikah Aziz said...

hah 16??? perghhhh pengsan jap :p

Unknown said...

perempuan banyak kehendak,sbb tu stress pun banyak..hahaha