Sunday, July 31, 2011

Entry info | kelebihan solat tarawih (malam pertama hingga ke lima)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

19 comments:

Khairil said...

sesungguhnya bulan ramadhan ini penuh dengan barakah...

Cik Asma BLuppy said...

semoga kita mendapat semua keberkatan bulan ramadhan=)

cucu umie said...

semoga kita penhi malam2 ramadhan kita dgn solat terawih serta beramal ibadah kepada Allah

Jiejah Gorjes said...

selamat berpuasa :)

Syuxer said...

bro ada tak kelebihan bersolat terawih 30 malam..nak wat bookmark..heheh

Fathiah Hamim said...

bulan ramadhan neh penuh dengan ganjaran, rasa rugi kalo tertinggal terawih.

Asiah Termizi said...

good info!

selamat berpuasa.

bungaitucantik said...

tah bape ari jer dpt g terawih ni..huhu..da lar keje wajib OT :(

LiFe KaMi said...

selamat menunaikan ibadah puasa,
semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

ammboi said...

selamat berpuasa..
selamat menunaikan ibadah puasa..
selamat segalanya.. amin

ArulchelseA said...

selamat berpuasa bro..

teciq said...

terbaik..

jom solat terawih full 30 hari.... ^^

~NajiLaA~ said...

eh post ni sgt2 berguna.tx! :)

alif haris said...

banyak fadhilatnya kan :)
so jgn sia2kannya .. ^^

josrevalution said...

selamat berpuasa dengan penuh kesabaran bro....

Aida Omar said...

bulan yang penuh dengan ganjaran..
maka jangan sia-sia kannya :)

ABU said...

besar sungguh fadilat dia..

simanis said...

rebutlah peluang beramal yang datang sekali setahun je ni...

tahun ni kita berpuasa genap sebulan, tahun depan entah berjumpa lagi atau tidak...

ejulz said...

ada jugak tokoh agama tanahair berpendapat hadis kelebihan solat terawih ni palsu.. rujuk kat sini..

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06