Saturday, July 23, 2011

Entry renungan | pengampu yang membawa rebah


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kebiasaanya kalau dinner takder karaoke tak sah..betul tak, jadi ramailah yang nak menyumbangkan suara yang telah sedia sumbang....aku awal-awal lagi takkan menyumbangkan suara aku ni...apa yang aku perhatikan walau sesumbang mana pun...jika boss yang menyanyi semua akan bertepuk tangan dan bersorak gembira...dan yang paling aku tak boleh tahan menunjukkan tanda bagus pada boss...kalau sebelah jer takper, ini diangkat kedua-dua belah tangan.. dan berteriak yesss bravo-bravo...apa kejadah la mereka ini, hahah. Jadi apabila orang yang menyumbangkan lagu itu melihat reaksi sedemikian...daripada satu lagu akan jadi dua lagu...dan seterusnya...demmm!!!...maka lambatlah majlis nak habis..tak boleh laa aku blogspeeding malam ni...hahah..kadang-kadang aku terfikir adakah mereka ini ihklas atau hanya menipu diri sendiri...untuk kepentingan diri.

Tiba-tiba aku teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Kononnya ada seorang raja yang gilakan pakaian yang cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang  mendakwa boleh menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka meminta beberapa hari untuk menenunnyadi sebuah bilik di istana, setiap hari raja tersebut akan melawat akan pakaian yang ingin ditenun tadi..Namun beliau tidak melihat sebarang benang dan kain pun yang ditenun mereka. Sebaliknya tenunan kosong semata-mata. Apabila raja bertanya, mereka menjawab" jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut.. lantas apabila dengar jer macam tu raja apa lagi dengan pantas menjawab "yaaa beta nampak...alangkah cantiknya"...dan semua pak menteri pun mengangguk tanda setuju dan bertepuk tangan sambil memuji-muji kecantikan baju raja tadi. mereka sebenarnya hanya menjadi pengampu dan kaki kipas raja.

Kih kih kih panjang pulak citer ni yer...takper esok tak keje sambung taip...Apabila  tiba hari yang dijanjikan raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan secara tipu oleh para penenun-penenun karut tadi...jadi semua pengampu dan kaki kipas tadi memuji-muji akan keindahan pakaian yang tidak wujud itu. padahal raja sedang bertelanjang...Apabila raja keluar menemui rakyat semua mata terbeliak dan mulut terngaga..lebih kurang macam ni laaa :-O...Raja plak masa tu merasakan mungkin mereka semua kagum dan takjub dengan keindahan pakaiannya...tiba-tiba beberapa budak kecil menjerit" hei tengok raja kita sedang bertelanjang"...maka semua rakyat ketawa...pada masa itu barulah dia tahu dia telah ditipu oleh para penenun dan pak-pak menteri  pengampu yang berada disekelilingnya...tapi nak buat macam mana dah....semua rakyat dah tengok..maka kemaluan yang amat besar telah menimpa raja tersebut kerana terlalu percayakan para pengampu disekelilingnya tadi...tu tak masuk lagi citer tiga abdul "dua puluh lima persen" hahahah last-last habis semua terjual..

Walaupun cerita kat atas tu adalah cerita dongeng rakyat, tetapi ianya mempunyai mesej yang sangat berguna kepada kita yang sentiasa dikelilingi oleh kawan dan pengikut...lebih-lebih lagi bila kita mempunyai sedikit kuasa dan kelebihan yang boleh ditumpang....berhati-hatilah...ok aku nak sambung blogspeeding dulu....nak kejar RM500 ni...;)

14 comments:

Anonymous said...

har har har mmg rasa mcm nk lempang2 si kaki bodek ni kan...wahhh daddy haraz g karok rupenye kihkihkih..

chupppp!!!

blogspeeding bleh dpt duit??? camne tuh???

Unknown said...

manusia bila ada banyak duit dan ada pangkat/kuasa, memang ramai manusia lain yang akan jadi kaki bodeknya...malah org yang berilmu pun ada kaki bodeknya juga...
kaki bodek ini adalah orang yang opportunist...

terima kasih sebab remind cerita raja tu..dah tak ingat dah kisah tu...

Anonymous said...

kalau ikut politik malaysia

dua2 belah pihak sedang telanjang sebenarnya

aamalinaazman said...

hehehe..dongeng2 si teladan..hehehe =)

iKhRam said...

ramai jugak yg mcm nie.. kadang2 orang mcm ni jugak lah yg cepat "naik"...

itu lumrah...

Wanie said...

ni mesti selalu g karoke ni..
single kan skang..:P
gurau je, jgn marah pakcik..hehe

nasib budak kecik tu tak mengampu jugak..
kalau tak sampai bile pun raja tu taka malu..

simanis said...

saya tak fikir tentang pengampu...

saya fikir raja tu yang bodoh...

kerana percaya mulut orang daripada mata sendiri...

RHI said...

citer atas sekali memang lawak, nanti dia dah rasa cam sedap pulak suaranya, tak pasal2 nanti pergi oditions realiti tv kan, kita juga yg susah nanti kena dengar dan undi hehehe....

Tapi sebenarnya kaki ampu memang ramaikan?

jokergurl said...

kisah dan tauladan...........terbaikkk

kiz said...

bukan dapat apa pun mengampu ni..haha..tapi hari tu masa main bowling dengan boss..bila boss baling masuk longkang..semua pakat gelak guling2 dan ada yang siap boo..haha..boss kita orang tak suka protokol2 ni..dia selalu cakp...kita sama je..janji kerja semua sempurna..yeah..baru enjoy ada boss mcam ni.

Unknown said...

rasenyer tidak perlu mengapu kalo rase bnda itu salah... ktekan yg sebnarnye adlh yg terbaik..

Fathiah Hamim said...

hmmm kaki bodek. macam zaman sekarang, semua benda nak kena ada orang dalam. nak loan, nak scholar, nak itu nak ini. kalo bodek sket2 takpe, jangan melampau.

caliph shuriken said...

skrg ni kt mana2 saja ada kaki bodek.. try tunjuk duit sikit, trus melekat diorg tu kt kita...

Cikya said...

biasa lah tu..
selalu ada niat tersembunyi..
kadang, ada jenis suka diampu, dibodek, tek rela terima kritikan..
jenis begitu..