Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini dunia muzik jazz digemparkan dengan kematian Amy Winehouse seorang penyayi yang boleh dikatakan diva bagi peminat-peminatnya, aku tak ikut sangat tentang perkembangan karier beliau, tetapi mengikut apa yang aku baca beliau kemungkinan mati akibat penyalahgunaan dadah dan baru berusia 27 tahun. Kes sebegini bagi aku bukan yang pertama tetapi Amy Winehouse merupakan mangsa terbaru selepas kematian penyayi antarabangsa lain seperti Micheal Jackson, Kurt Cobain dan beberapa orang lagi yang tak perlu aku senaraikan sebab aku tak ingat namanya.huhu. Isunya mengapa mereka yang boleh kita anggap sudah berjaya dan berada dikemuncak populariti ini akhirnya maut hanya kerana mengambil dadah secara berlebihan. Bagi aku mereka semua adalah kaya harta tetapi miskin jiwa.
Bagi aku kebanyakan daripada kita tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagian atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah merasa bahagia walaupun seringkali berseronok. Kalau ikutkan begitu ramai penghibur yang bertaraf antarabangsa atau lima bintang ini berjaya menjadikan jutaan peminatnya bersorak gembira apabila melihat aksi dan suaranya di pentas, tetapi adakah dia sendiri bahagia.?? Maka aku tidak hairan jika golongan ini mengambil dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan jiwa yang akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Oleh itu aku terfikir dan memandang disekeliling, semasa aku keluar pada petang tadi aku melihat sebuah famili bermotosikal dengan mengendong dua orang anak berhenti di tepi jalan hanya kerana terlihatkan tin aluminium...mungkin ia untuk dijual bagi menambahkan pendapatan mereka. Walaupun pada mata aku tiada kebahagian dan keseronokan pada famili tersebut mungkin Allah kurniakan ketenangan jiwa pada mereka. Maha besar Allah betapa ramai bagi aku orang yang miskin harta dan kurang rupanya tetapi mereka lebih bahagia daripada mereka yang hartawan dan rupawan. Teringat pada kata Hamka " lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya"...
20 comments:
kekayaan bukan segala-galanya. kita kena pandai hargai nikmat yang Allah bagi. kena guna betul2.
lor dah mati dah pmpn ni??? ketinggalan nye sy huhuhu..hidup tanpa berlandaskan agama mcm tu la.
haa kan? kadang tengok orang nampak kaya tapi kaya harta. budi bahasa zero. takpon ketenangan jiwa zero.
aku pon br kenal semalam
tu pon dr twitter
hidup stres kot dk amik dadah sume tu..huhu
"tidak pernah merasa bahagia walaupun seringkali berseronok"
very stress when reading this phrase a few times...God damn it!!!
ececece...heheheh
orang yg kaya
adalah sentiasa merasa cukup..
(kata-kata ini dipetik dari blog.. tp lupa blog siapa..)
sebeanarnya wang bukanlah segala-galanya..
kebhagiaan dan kegembiraan biarlah kita raih dgn sederhana namun bermakna..
x kenal pun sape artis tu..
erm..kebahagiaan bukan terletak pada harta,kekayaan dan wang ringgit..
seimbangkannya, berkat.
Hati yang tenang dan tenteram dapat membentuk tindak-tanduk yang cemerlang dan sempurna.Jiwa yang kusut tidak dapat membuat keputusan yang bijak dan mengurus kehidupan dengan teratur.
orang kaya yang bersyukur bertambah2 la kayanye..
abgdani..sebagai manusia biasa..seringkali kita melihat yang kaya, yang berharta..yang glamor tu kelihatan mudah, senang dan bahagia hidupnya.. pada masa sama, kita lupa.. bahagia itu bukannya benda, yang boleh dipegang, disentuh, dirasa. sebaliknya..ia tentang jiwa.. ia datang dalam berbagai cara..
Pensyarah lana ada sebutkan, kalau yang berkeluarga terutamanya.. kebahagiaan kita terletak pada ahli keluarga.. kalau tengok isteri,anak2 sihat,ceria.. kita sendiri rasa senang hati.. :)
Majulah abgdani untuk keluarga dan ngara! hahahhaha
kebahagian hati dan ketenangan hidup lebih pentingkan,
teringin kaya tapi x lupa akhirat ^^
manusia bila sudah tiada pegangan hidup jadi macam tu lah...jgn fikir org kafir sahaja yang jadi mcm tu..org Islam pun yang jauh dari agama pun tak mustahil...
kebahagian bukan diukur dengan kekayaan....
minat dgn cerita fmily yg kutip tin,
syuha penah tngok anak ayah cari sampah kat tempat sampah,
alhamdulillah, beruntungya kita ^_^
betul.. Allah maha adil kan.. :)
jadi jangan lah mengeluh bila kurang dari orang lain..
selalu kita ingat org kaya/berduit tu bahagia tp sebenarnya menderita kat jiwa..mcm video harraz hari tu,mmg best..ada sentuh pasal ni kan...*_*
dadah dan pengambilan alkohol mampu menjadikan jiwa seperti mayat hidup..semoga bertaubat sebelum nyawa melayang..
kekayaan bukanlah menjamin ketenangan dalam jiwa bahkan ada yang menderita akibat ketamakan yang berterusan
kaya tak menjamin kebahgiaan. yang penting kita perlu bersyukur. ambilah ikhtibar dan pengajaran drp kesilapan yg telah dilakukan. alhamdulillah (':
Post a Comment