Thursday, July 7, 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011


Kelantan cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam. Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan ke-71.

Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76. Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu.

p/s Tahniah!!!!  kehampaan tumpas  pada final piala FA akhirnya terubat.

10 comments:

Unknown said...

gomo kelate gomo..memamng mantap ah kelantan semlm..

Browacana said...

AKhirnya dapat jugak merangkul gelaran liga...terharu nih...hehe

http://wacanaku2009.blogspot.c​om/2011/07/kelantan-juara-liga​-super-2011-bola.html

Abu Bagi said...

tahniah klantan, korang telah menewaskan negeri aku hahaha

Niena Muhammad said...

kelantan skang makin maju kehadapan :D
Kelantan mmg best ^^

kotak bulat said...

wah.. makin menyerlah pemain bola sepak kelntan..huhu..

arituarini said...

tahniah kelantan.. kih kih kih kih

Unknown said...

tahniah kelantan..*_*..

Fathiah Hamim said...

tahniah kelantan! :D

Unknown said...

syabas kelantan...pasukan yang paling konsisten dalam liga perdana...

Afikah Aziz said...

yes suke,penyokong dr klate mai dh ni hahaha...tahniah klate :)