Sunday, July 17, 2011

Tinta hikmah#1 | belajar bersyukur....



Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat berhujung minggu...semalam aku ada buat satu segmen berkenaan kata-kata hikmah ni...jadi hari  ini ingat nak kongsi kata-kata hikmah dan ayat-ayat motivasi yang mungkin menjadi sumber kekuatan dan inspirasi di saat suka dan duka....jom kita hayati dan layan yang pertama ini dulu...Ini adalah penyertaan pertama segmen ni...daripada seorang sahabat bernama  BUI , unikkan nama dia...nak tahu apasal nama BUI kena tanya dia sendiri yer....di bawah ni kata-kata hikmah yang beliau sertakan dalam segmen tersebut.

"JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA"

Hebatkan kata-kata ni...thanks BUI...kadang-kadang kita hidup ni...apa yang ada depan mata, apa yang ada dalam genggaman kita jarang untuk kita hargainya...bila dah hilang barulah terasa betapa perlunya kita padanya dan pentingnya sesuatu itu dalam hidup kita....saya teringat kata-kata hikmah Prof Hamka - "yang ada ini harapan kita" ....seringkali orang akan mengejar apa yang mereka belum dapat dan rasa...tetapi ingatlah sahabat semua...dalam kita mengejar itu jangan lupa apa yang telah kita pegang dan ada ...khuatir ianya akan tercicir dan terus pergi. 

Bagi aku tak salah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang belum dapat...tetapi sesekali lihatlah ke belakang...mungkin ada hati yang setia...ada jiwa yang sentiasa bersama di saat senang dan sukar, ada tangan yang sentiasa menyambut di saat sedih dan getir...kerana apa.!!!!! kerana itulah yang membolehkan kita berada ditempat sekarang...bersyukurlah...kejarlah apa yang belum dapat...tetapi ingat...jangan lupakan apa yang telah membuatkan kita berada di tempat yang ada sekarang.. Kerana apa yang ada hari ini adalah harapan kita dan akan datang hanya satu harapan yang belum pasti.

Semoga dapat sedikit pengajaran yer., ini aku huraikan mengikut pendapat aku...kalau pendapat BUI boleh tengok kat link yang telah aku sediakan......banyak lagi kata-kata hikmah yang hebat-hebat untuk dikongsikan hasil dari penyertaan kawan-kawan kita....akan aku review satu persatu berdasarkan pendapat dan pandangan Harrazdani...kalau ada yang kurang bersetuju tidak mengapa kerana kita manusia berbeza...dan perbezaan itulah yang membuatkan hidup ini begitu indah....

20 comments:

kotak bulat said...

bersyukur apa yg kita ada dan miliki supaya jgn nanti menyesal bila apa yang kita ada ditarik semula nikmatnya.. :)

Bui Junaidi said...

wow..terbaik punya penjelasan ni..mcm faham jer isi hati bui..terharunya..tengss harraz..kipidap..hehe *_*

Jiejah Gorjes said...

yer sy sedang belajar menerima apa yg ada ...tidak mahu jd spt dulu.. :)

Khairil said...

rasa bersyukur dapat menjauhi diri dari kekufuran...syukurlah dengan apa yang ada...

Ratu Tak Cantik said...

yup..banyak afedh bersyukur..antaranya menghilangkan perasaan dengki dan sentiasa berasa ihsan terhadap mereka yang lebih lagi kurang bernasib baik :)

alif haris said...

hehe betul tu bro ..
ttbe teringat kata2 ..
orag yg paling bahagia ialah orag yg berusaha membuatkan segala perkara yg terjadi dlm hidupnya adalah perkara yg paling bahagia .. :)

Cikya said...

kadang, apa yang kita dapat,
kita suka..tapi sekejap..
lepas tu dah acuh tak acuh..
hurm, tak menghargai nikmat ye dakk ? :)

Panggil aku Han said...

belajar menerima lg bgus dri kecewa dikemudian hari nnt..:)
jika masa tu baru nk belajar mungkin dh terlambat...

mcm bak kata pepatah..
yang dikejar xdapat yg dikendong berciciran...

jd terima shj apa yg dikendong xperlu terkejar2 yg blom pasti :)

MARIA LIZA said...

thanks for sharing..betul kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada...

caliph shuriken said...

syukur dgn apa yg ada.. pada masa yg sama berusaha ke arah yg lebih baik ^^

ChaCha said...

mungkin apa yang tiada itu lebih baik dari ada... :)

Syuxer said...

ye kita harus mensyukuri pe yang ada..jangan jadi tamak tak tentu hala,nanti hidup tak tenang cam shark dalam citer KL gangster heheh

hantu said...

nice!=)

kiz said...

terbaiklah dani..suka entri2 yg macam ni..boleh di jadikan motivasi.

ifwat said...

bersyukur dengan apa yg ada, jgn jadi umat yg kufur.. satu entry peringatan :)

faridah nazurah said...

qoute ni memang bermakna sangat. btw thanks ye terima penyertaan sy walaupun dh terlambat :)

Mohd Shahir Shamsudin said...

'la'in syakartum la azeedannakum, wa la'in kafartum inna 'aazaabi lasyadeed'


p/s: ingatkan nama blog ambo tadi, Tinta Hikmah :D

BRO_MONDAY said...

harrazdani : thanks kerana mengingatkan...('',)

Fathiah Hamim said...

huh baru semalam something jadi menunjukkan orang tak bersykur. huhu

liyana said...

dpt input lg..hee