Sunday, July 24, 2011

Tinta hikmah#4 | masih ada sinar...



Assalamualaikum dan Salam sejahtera, hari minggu yang penuh barakah ini aku nak teruskan lagi dengan review kata-kata hikmah. Kepada mereka yang belum tahu kat mana aku ambik kata-kata ni...boleh klik SINI,..Ok hari ini nak kongsikan kata-kata hikmah yang dikongsikan oleh Kotak Bulat a.k.a KB, tuan blog aku dah kenal sejak mula-mula berbloging lagi...dia selalu datang dan komen entry aku...memang terbaik, semalam blognya dah bertukar warna hijau yang nampak lebih segar dan ceria. jom baca bawah ni..

"walau segelap mana hari ini, Kita terpaksa menghadapinya. walau seteruk mana hari esok, kita tetap terpaksa mengharunginya... Namun yakinlah masih ada sinar yang menanti di hari lusa"

Selagi kita bernafas selagi itulah kita perlu terus mendepani cabaran yang mendatang,  ada orang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri, mengambil rasuah, menjual maruh diri dan pelbagai lagi...adakah itu akan menyelesaikan masalah? bagi aku itu semua hanya lebih merosakkan dan membinasakan diri kita jauh kepada kedudukan yang paling hina. Kita jangan menghina diri jika kita tidak dihina.

Teruskan hidup ini walau seberat mana pun, bagi aku Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuannya. Kalau kita rasa perit, ada orang lain yang rasa lebih perit...Kalau kita rasa sedih, ada orang lain yang lebih sedih dan jika kita rasa kita sudah cukup susah ingatlah masih ada orang lain yang lagi susah dan daif daripada kita..Lumrah hidup ni kawan-kawan, kita akan bising dan memberontak kerana  kasut yang dipakai lusuh dan buruk sehinggalah kita melihat orang yang hanya berkaki ayam...kita akan bising dan tidak berpuas hati dengan hanya berkaki ayam sehinggalah kita lihat mereka yang cacat kakinya...

Oleh itu kita mesti bersyukur, kerana syukur itu adalah senjata paling ampuh untuk kita meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran ini..Insyaallah jika kita kuat dan sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepadaNYA kita akan dapat melepasi hari-hari yang penuh liku dan cabaran ini dengan jayanya...Kerana kita mesti sentiasa optimis ada sinar yang menanti kita didepan sana.

8 comments:

RHI said...

InsyaAllah...hari2 yang kita tempuh dengan yakin pasti ada sinarnya...

dengan berbekalkan keimanan InsyaAllah...kita mempu hadapi cabaran hidup

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hikmah oh hikmah

insyaAllah sinarnya pasti ada . tempuh lah dengan tabah dan yakin

:)

s u a r a h e a R t y said...

Alhamdulillah. . .masih diberi peluang untuk menikmati hari ini dan diberi kekuatan untuk melalui hari - hari yang sudah berlalu :)

cik wanie Lovela (CWL) said...

insy~

Unknown said...

moga hari ini lebih baik dari semalam...

kotak bulat said...

:)

Hafizin Jamil said...

teruskan bernafas harazdani..haha

Tinta Lana said...

ttak leh blah ayat HJ,hahahaha

Abg dani! Assalammualaikum..ceh..bukan nak komen mana ni,hahaha. Lama tak mai..urmm..sibuk sket mnggu ni :)

~ rasanya rmai prnh dgr quote ni: Semalam hanya tinggal sejarah, masa depan adalah misteri, sedangkan kita cuma ada hari ini untuk dilalui.. yang pastinya,jadikan hari ini, hari terbaik berbanding hari semalam yang tinggal kenangan.. setiap yang diusahakan kini, kelak membuahkan hasil dimasa depan :)

hurmm..ad kaitan ke nih,hik3 T__T