Friday, September 23, 2011

Fida buka tudung | dunia artis hipokrit ????


Salam to all my friend, "dunia artis hipokrit" - Bob Lokman dan "artis tak sesuai dijadikan idola" - Wardina, ungkapan kata-kata tersebut kalau tak salah aku lahir daripada dua orang artis yang satu ketika dulu pernah popular dan hari ini telah berubah membawa haluan masing-masing yang pada mereka dan masyarakat ramai lebih baik dari sebelumnya. 

Kedua-dua artis tersebut dihentam hebat bukan sahaja golongan artis dan peminat dunia hiburan tanah air tetapi terdapat juga segelintir orang-orang politik yang tidak menyokong ungkapan tersebut. Pada mulanya aku tak ambil kisah pun pasal kata-kata mereka tu bagi aku biarlah mereka dengan hal-hal mereka, tetapi sejak akhir-akhir ini apabila keluar kisah hot tentang seorang artis yang bertudung litup dalam lakonan dan orang ramai pun khususnya makcik-makcik di kampung percaya bahawa artis tu memang bertudung...tup..tup...sebaliknya...huhu sadis..khabarnya si kekasih tak sure sebab pakai cermin mata hitam masa ambil gambar tu....Sebelum ni pun dah ada isu macam ni.

Kesimpulannya apa yang dikatakan bro Bob Lokman tu ada benarnya. Beliau dihentam kerana salah satu faktornya dunia yang beliau pilih adalah bertentangan dengan dunia mereka yang ramai. Aku harap kepada peminat dunia hiburan tu berpada-padalah dalam memuja dan meminati artis yer, teguran daripada mereka yang pernah bergelumang dalam dunia tersebut perlu juga difikirkan secara positif agar kita tidak terus tertipu dengan lakonan dan wayang dari mereka yang memang orang wayang.

17 comments:

Afikah Aziz said...

kite doakan die berubah dan pakai tudung balik..sian mak bapak die :(

ArulchelseA said...

tu la pasal..kan betul artis hipokrit.. kih kih kih

Cik Azizah said...

tu la agak2 la kan..sekarang dah telajak peragai..satu dunia tahu..kalau berubah ke arah kebaikan xpe la jugak..emm hipokritos!

Myera Nyera said...

kalau tak hipokrit bukan artis namanya :)

afzalsukasuki said...

ah semua nak jadikan artis ikon..tu la tanda2 kedatangan kiamat.artis dipuja2 :(

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

moga dia berubah kepada asal yg jauh lbh cntik..

::FAIZ FARISH:: said...

tapi tak semua golongan artis tak baik, ade jugak yg baik.. hehe manusia tak sempurna

budakijaupendek said...

ramai artis tal layak dijadikan contoh.
tp segelintir ada juga yg baik.
takkan kerana nila setitik kan ??

Peah Glemer said...

tak semua artis jahat, yang baik kita ikut, yang jahat, kita abaikan :)

Cikgu Bada said...

betul..klu minat tu agak² le..salah tetap salah..cth dlm hantu bonceng..ada juga yg mengatakan zizan tak salah..tak paham betul

simanis said...

Kalau dah nama nya artis, buta apa pun semua orang pandang...ikutlah landasan dan batasan islam...

caliph shuriken said...

ntah laa smkin ngarot skrg ni...

♥ norlida ramli ♥ said...

cam pelik2 je skrg ni..dunia2..

cik kiwi's said...

apabila artis diagungkan, ulama' dibelakangkan.~

MARIA LIZA said...

Tak tau sebenarnya what is the true colour of "dunia artis" ni...Masa zaman bebudak & remaja ni memang ada gak minat dengan sesetengah artis tapi bila umur dah menginjak dewasa ni, everything is over...Banyak sangat yang palsu dunia artis ni dan tak minat pun mana2 artis...Setakat suka tengok berlakon & dengar lagu oklah tapi untuk jadikan idola, oh mungkin tidak!!!

Azmi Khan said...

Fida2... fesyen tudung dedah dada masa fesyen show tu mcm mana pula... dah gaya fesyen tudung siti sangkut...
kat KL ade jual....
tp ada gak yg berubah ke arah kebaikkan mcm Siti Nurdiana & Diana Amir...

Moga makin rami yg berubah ke arah kebaikkan....

bak kata Catriona Ross "sy tak kisah takde job tp sy xkan buka tudung sy...."

cunndaa said...

myb tudung hanya trend semata-mata bagi sesetengah orang..