Monday, July 11, 2011

umur | ke mana kita arahkan (Malaysia akan menjadi negara tua pada 2030)


Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada orang sensitif apabila orang bertanyakan umur kepadanya...jika umur yang dijangka lebih muda daripada yang sebenarnya mereka akan tersenyum dan merasakan diri mereka masih muda, dan jika apa yang dijangka terlebih dari yang sepatutnya..alamat tak baik laaa yang si peneka tersebut...kebanyakan dari kita secara psikologinya merasa muda...kerana sering beranggapan biar berusia asal jiwa muda...sehingga mereka lupa situasi mereka itu boleh dianggap "rumah kata pergi ...kubur kata mari  dan mari" . Manakala istilah yang paling popular sekarang ini ialah 'life begins at fourty" dan banyak lagi yang memberi semangat kepada mereka yang memasuki umur sedemikian agar berasa sentiasa muda.... 

Tidak salah sebenarnya untuk merasa muda, kerana dengan beranggapan sedemikian seseorang itu secara psikologinya insyaallah akan sentiasa sihat dan cergas..dan dalam waktu tersebut umurnya diisi dengan perkara-perkara yang baik...Tetapi jika umur dah melepasi empat puluh tahun tetapi masih merasa muda dan melakukan pelbagai perkara yang tidak baik....ia agak merugikan...kata orang "jika sudah empat puluh tetapi perangai masih tidak berubah, sampai bila-bila pun begitulah"..tetapi saya amat tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian, siapa kita yang hendak menentukan semua itu, jangan dalam hidup ini kita menghakimi seseorang berdasarkan umurnya...kerana selagi nyawa tidak di halkum Allah akan menerima taubat hambanya kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang. 

Samatelah kita berbicara pasal umur ni..saya nak kongsikan maklumat yang saya perolehi daripada Malaysikini yang mana menyebut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengunjurkan Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencakupi 15 peratus daripada jumlah populasi. Bilangan warga emas di Malaysia adalah seramai 2.1 juta atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pada masa kini jangka hayat penduduk juga diunjur menokok daripada 72.6 tahun pada 2010 kepada 74.2 tahun pada 2020 bagi lelaki, manakala jangka hayat wanita meningkat kepada 79.1 daripada 77.5 tahun bagi tempoh yang sama. Sudah menjadi kebiasaan jangka hayat wanita lebih panjang dari lelaki..mengapa ye ? mungkin lelaki lebih banyak berfikir...itu  pendapat saya mungkin anda berbeza...tetapi itu bukan isunya kerana yang paling penting pengisian umur itu ke mana kita arahkan..

p/s terima kasih kepada sahabat yang singgah...nak BW pun tak boleh kerana internet terlalu pantas sekarang ni...

12 comments:

kotak bulat said...

umur? bukan penghalang.. *tiru iklan*
hehehe.. :P

Fathiah Hamim said...

jepun paling ramai warga tua.

Unknown said...

biaselah bro..memang ad sensitif bercerita umur nie tapi terimalah knytaan yg umur tu dh meningkt kdng2..

arituarini said...

bumi pun dah tua skang ni..ni kan malaysia.. kih kih kih..

syuxer said...

kalau benda boleh berumur,apatah lagi kita..:)..kalau dah masuk umur 40 tuh.bawa2lah berubah perangai..hehe

Alif Haris said...

alam semesta ini pn sebenarnya sudah tersgt lah tua .. tinggal tunggu hari penghujungnya .. sentiasa bersiap sedia lah ^^

Terbelog said...

lelaki selalu....
rokok kot he3

Karya Hati said...

umur bukan pengukurnya.

wan_cikgumuzik said...

good info pasal umo.. hihihi..

Tinta Lana said...

Salu ke baca MalaysiaKini dani? ^_^

Org pun tak paham kenapa,lgi2 perempuan, memg suka kalau diorg dipngl adik sedgkn da tahap kakak. suka dipanggil kakak sedgkn da tahap makcik..malah suka dipanggil makcik, sedgkan tahap nenek T__T

Mcm lana sendiri, takda masalah kalau yg 5 thn lagi tua dri lana nak pngl lana "kakak" (jgn la makcik, melampau la kan,kah3). Bagi lana, as long nama panggilan tu membawa maksud yg baik,sdp didengar, so, no hal lah, hehehe

Agree dgn diatas, conclusionnya, semua yg wjud skrg ni,makin lama makin tua, berusia, termasuklah lana..mudah2an, semakin menginjak usia,semakin matang dlm segenap perkara, semakin tak lupa agama, dan..kekal awet muda..eh,apakah?hahhahaa

Ok, salam! bye,hehehe

Unknown said...

makin tua semakin matang bukan semakin tua semakin menjadi-jadi...harap2 begitulah... :)

Izyan Masri said...

JANGKA HAYAT WANITA MENINGKAT?HIKHIK.BOLEH SENYUM SIKIT :D