Wednesday, July 6, 2011

wajib baca : bersih dan perayaan demokrasi dari NOBISHA


Assalamualikum dan salam sejahtera, saya sangat teruja dengan apa yang dinukilkan oleh saudara  nobisha yang telah memberi pendapatnya tentang isu perhimpunan bersih dan hubungkaitnya dengan sistem demokrasi dan keamanan negara ini, dan saya rasa ianya wajib dibaca dan difahami oleh seluruh rakyat malaysia. petikan artikel beliau adalah seperti berikut. yang saya petik dari http://nobisha.blogspot.com/ Bersih dan perayaan demokrasi.

 Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, agak sibuk dengan pekerjaan di samping menyambung pengajian pasca-siswazah. Kesemua ini menuntut komitmen, dan itulah yang saya lakukan beberapa bulan kebelakangan ini. Beberapa orang sahabat meminta saya menulis mengenai Bersih dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Kata mereka, untuk memberikan sedikit pencerahan kepada isu ini yang kelihatan kusut dalam percaturan politik kepartian di negara kita.

Biarlah saya mulakan dengan menyebut bahawa dalam sistem demokrasi, mana-mana pihak boleh membuat apa saja cadangan atau tuntutan kepada kerajaan. Saya fikir itulah yang dilakukan oleh Bersih yang telah mengemukakan lapan (8) tuntutan bagi penambahbaikan proses pilihanraya di negara ini. Sama ada tuntutan itu wajar ataupun sebaliknya, itu soal lain. Begitu juga sama ada kerajaan patut menerima atau sebaliknya, itu bukan isu di sini. Persoalannya ialah Bersih berhak mengemukakan tuntutan tersebut. Itu sistem demokrasi yang diamalkan.

Adakah Bersih pertubuhan haram? Bersih bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Sebaliknya, ia adalah gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Secara bersama, mereka menamakan gabungan tersebut sebagai Bersih. Kalau begitu, anda mungkin bertanya, apakah isunya sehingga semua pihak termasuklah Pak Pandir dan Mak Andeh pun riuh-rendah bercakap Bersih, Bersih, Bersih setiap hari? Aha, itu soalan yang betul. Biar saya jelaskan.

Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Greece

Gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bersih" menyatakan secara terbuka mereka sedang melakukan mobilisasi untuk membawa penyokong-penyokong mereka turun melakukan demonstrasi di jalanan sebagai satu cara mengenegahkan tuntutan mereka. Inilah punca masalah.

Betul, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun. Namun pada masa yang sama, undang-undang juga memberikan hak kepada kerajaan (khususnya polis dan PBT) untuk menentukan sama ada perhimpunan itu bakal menimbulkan masalah kepada rakyat yang lain. Dengan maklumat yang ada, polis memutuskan perarakan di jalan raya dalam bentuk sedemikian boleh menimbulkan masalah dan menjadi ancaman kepada keselamatan. Maka, polis tidak membenarkan. Bukan setakat ini, Bersih juga tidak memohon permit untuk aktiviti sedemikian, walaupun badan-badan gabungannya ke sana-sini mempromosikan perhimpunan jalanan tersebut.

Soal permit, bukan di Malaysia sahaja ada undang-undang sedemikian. Sesiapa saja yang hendak menganjurkan perarakan di Washington DC, termasuklah di hadapan The Capitol disyaratkan memohon permit dari polis Washington DC. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini, disumbat ke dalam penjara. Negara berdaulat, ada undang-undang. Kalau tak suka undang-undang ini, buatlah pindaan di Parlimen. Selagi ada undang-undang, patuh.

Bagi menyekat aktiviti sedemikian yang melanggar undang-undang dan boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara, maka polis menahan dan menyoal-siasat mereka yang mempromosikan perhimpunan jalanan tersebut. Sesiapa saja yang melakukan promosi itu dalam bentuk tulisan (brosur, banner), perkataan (ucapan) atau gambar/imej (baju, logo), disiasat oleh polis.

Apabila ada permintaan dari Bersih untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, maka baginda membenarkan. Ini membuktikan betapa baginda adalah penaung untuk semua rakyat - tanpa mengira agama atau bangsa. Selepas menghadap Yang Dipertuan Agong, Bersih bersetuju menerima tawaran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berkumpul di dalam stadium. Saya fikir tawaran itu adalah wajar kerana dengan cara ini penyokong Bersih dapat berkumpul (hak mereka) dan pada masa yang sama tidak menimbulkan masalah kepada orang lain.

Lebih mudah kawalan keselamatan dalam stadium

Bagaimanapun, Bersih masih perlu memenuhi beberapa peraturan sebelum ia dibenarkan berbuat demikian. Antaranya ialah salah satu badan gabungan Bersih hendaklah membuat permohonan kepada pemilik stadium untuk menggunakan sesebuah stadium itu. Saya sebutkan "salah satu badan gabungan" kerana Bersih sendiri bukanlah persatuan, maka hanya persatuan yang sah saja boleh membuat permohonan itu. Pemilik stadium kemudiannya membuat keputusan sama ada membenarkan ia digunakan bagi tujuan itu atau pun sebaliknya.

Kedua, persatuan itu juga hendaklah memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan sedemikian. Saya fikir ini sepatutnya tidak menjadi masalah dengan syarat stadium yang hendak digunakan sesuai dengan jumlah kehadiran yang dijangkakan. Saya difahamkan Bersih bercadang untuk membawa sekitar 80,000 orang penyokong ke perhimpunan itu. Sekiranya itulah jumlah, maka hanya ada dua saja stadium yang sesuai iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, atau pun Stadium Shah Alam. Selain itu, saya tidak lihat ada stadium lain yang sesuai bagi menampung jumlah penyokong yang ramai dan kemudahan tempat meletak kereta yang mencukupi.

Maka, apabila kedua-dua perkara itu dilakukan, maka berhimpun dan bersyarahlah sepuas hati. Selagi apa yang disyarahkan itu tidak melanggar undang-undang negara, maka biarkanlah. Kalau ada yang bersifat hasutan atau boleh menimbulkan ancaman keselamatan, maka pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas.

Saya sebutkan semua ini kerana saya pun pernah menganjurkan perhimpunan yang serupa. Dulu, Aman Malaysia menggabungkan lebih 2,000 buah pertubuhan bukan kerajaan mengadakan Perhimpunan Keamanan Rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya sebagai Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah pemegang permit polis dan beberapa kali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk disoalsiasat sebelum polis mengeluarkan permit. Saya masih ingat lagi (bekas Penolong Setiausaha Agung Pemuda UMNO, Dato' Zulkifli Alwi boleh sahkan maklumat ini) betapa polis mengasak saya dengan pelbagai soalan.

Pada malam perhimpunan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur (ketika itu), Dato' Dell Akhbar Khan memegang tangan saya dan berkata, "Kamu jangan lari ke mana-mana. Kalau jadi apa-apa pada malam ini, saya akan cari kamu!" Kecut perut saya ketika itu. Saya tidak ada niat untuk melakukan onar, namun saya tak mampu mengawal apa yang bakal dilakukan oleh penyokong perhimpunan ketika itu.

Alhamdulillah, walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan deretan pemimpin politik dan NGO berucap berapi-api mengutuk penjajahan di Iraq, suasana dalam stadium terkawal. Mereka menjerit dan melaungkan pelbagai slogan, namun mereka tidak membakar stadium atau menimbulkan kekacauan.

Apabila berakhir perhimpunan tersebut, saya dan Dato' Zulkifli Alwi terbaring kepenatan di tengah-tengah padang stadium. Kami mengesat peluh yang membasahi baju. Soal sama ada orang akan ingat dan menghargai perjuangan, kami tak peduli ketika itu. Apa yang penting ialah kami berjaya mengumpulkan lebih 250,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia cintakan keamanan.

Sebagai seorang yang telah melalui semua itu, saya faham keghairahan 80,000 penyokong Bersih untuk menyampaikan mesej yang sama. Nasihat saya ialah ikutilah undang-undang negara, bekerjasamalah dengan pihak polis dalam mengatur perhimpunan ini dan ikut arahan pihak berkuasa (termasuk PBT). Usah keras kepala dan merasakan diri mengatasi undang-undang.


Sekiranya Bersih ingin mengadakan perhimpunan di dalam stadium itu untuk bercakap mengenai tuntutannya, saya fikir ia boleh diraikan. Bagaimanapun, sekiranya kumpulan itu memberikan pelbagai arahan kepada penyokong-penyokong untuk berkumpul di luar stadium atau melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan, maka saya fikir keselamatan dan ketenteraman rakyat perlu diutamakan.

Marilah kita rayakan demokrasi dengan cara yang membina dan bermanfaat!

15 comments:

caliph shuriken said...

nice.. pendekatan ni mmg sesuai :)

latest en3: wordless wednesday: impian

Ratu Tak Cantik said...

nice lah! :) penyampaian yang neutral dan berisi!

kotak bulat said...

ok..sebelum ni kb kurang phm gak pasl bersih ni..pas baca ni, bru byk yang kb phm..

darla carolina said...

sampai sekarang ramai lagi tak tahu tang mana yang BERSIH -.-" adakah perhimpunan BERSIH itu perlu ?

Karya Hati said...

bru pham..sblm ni blur2 sikit mende ape bersih2 ni..

wan_cikgumuzik said...

good info... tapi aku takkan pi sbb 9hb nihh aku ada kenduri.. haha.. apa2 pun aku harap perhimpunan nih akan berjalan secara aman..

Unknown said...

aku betul2 sokong pendapat nobisha ni bro...harap2 semua rakyat malaysia boleh faham apa hak dan bagaimana sistem demokrasi itu berjalan...
semua pihak ada hak masing2...
bersuaralah selagi ia tidak melanggar undang2...

arituarini said...

pernah tgok tk malaysia kalah kepada china 3-0..dlm suka asia dulu..3kad merah 5 kad kuning utk malaysia shja..dan pasukan china sampai abis game tk de satu kad pun kena..bebulu aku tgok game tu..dpt aku sepak2 je pngadil dri australia tu..klau ikut aku la yg menonton masa tu...

Tp thniah utk pemain malaysia dpt menunjukan kpada DUNIA walaupn tingal 8 pemain kita truskan jugak sampai abis perlawanan..dan tk sikit pun team kita tumbuk pengadil tu..walaupn tau pngdail tu berat seblah..kerana dlm undang2 bolasepak pemain tk boleh mengkasari pengadil dlm apa pun keadaan..sbb kputusan pngadil adlh muktamad...

arituarini said...

PEMANDU DAN PNGUATKUASA JPJ

pemandu:"apa salah sy cik"

pnguatkuasa:"sy trpaksa saman awk sbb awk memandu tnpa lesen"

menyedari diamemang tk de lesen dia pun trpaksa trima..lepas tu dia ambik lesen...

pemandu;"aik apa salah sy lg cik.."

pnguatkuasa;"sbb awak memandu melebihi had laju.."

sbb dia tau dia lebih had laju,pemandu tu pun trima je la saman..
selepas tu dia di thn lg..

pemandu;"aik kenapa lg ni..sy dah bawak pelahan..dan ikut kelajuan yg ditetapkn.."

pnguatkuasa;"memang la tp sy nmpak awk memotong di garisan berkembar td.."

oleh sbb dia salah dia tau dia salah lg..dia trima jugak saman..
tk lama pas tu kena thn lg..

pemandu;"semua sy dah ikut..dan tk sikit pun sy langar..kenapa nk saman lg.."

pnguatkuasa:"sbenarny org atasan sy, suruh sy menyaaman awak tk kira dlm keadan macam mana pun.."

tamat..

harrazdani said...

my friend arul :

sememanganya situasi berat sebelah memang amat ketara sekarang rull...itu memang aku akui. dan terserlah juga di pihak penganjur bersih ingin berkeras untuk mengadakannya di stadium negara....jika diikutkan lokasi itu bg aku amat2 tidak sesuai....dengan keluasannya utk menampung banjiran manusia yg hadir kelak....dan lagi penting aliran keluar masuk para hadirin kelak untuk smpai ke stadium itu...kalau aku sebagai penganjur aku tidak berani memberi jaminan perkara itu akan berjalan dengan lancar kerana sebelum ini ada pihak2 yang digelar perkasa dan patriot turut ingin berhimpun...kemungkinan besar provokasi akan berlaku...apa lah salahnya veniewnya di diubah ke stadium shah alam atau bukit jalil...yg bagi aku lebih tersusun dan selamat....apa yg penting motif untuk menghantar mesej kepada dunia yg mana sekumpulan rakyat malaysia bersatu hati menentang ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pilihanraya negara kita tercapai dan memorandum yang ingin diserahkan itu diterima oleh DYMM yang dipertuan Agong...kerana baginda sudah berjanji untuk menghantar wakil bagi menerimanya....apa yang jelas kemenangan moral telah diperolehi dengan persetujuan baginda untuk berjumpa wakil2 dari bersih...unutk makluman agong tidak perkenan untuk menemui Perkasa pada hari ini...bukankah ini satu kemenangan moral kepada pihak bersih....dalam artikel yang aku kongsikan ini menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan bersih....dan hak untuk berhimpun disamping tidak membelakangkan lunas-lunas undang2 dan keamanan.

dalam situasi bola sepak di atas, jika diterjemahkan dalam situasi sekarang bagi aku FIFA dah membatalkan kemenagngan china di atas kesilapan pengadil...dan memberi pilihan samaada ingin tukar pengadil lain dan bermain semula...tetapi malaysia sebaliknya ingin bermain di bukit jalil malaysia...walhal mereka tahu sukan asia tuan rumahnya adalah qatar....

situasi kedua tu....aku tak boleh jawab..hahah sebab mereka memang menjalankan tugas berdasarkan arahan orang atas...A kata orang atas maka A lah jawabnya...itu lumrah kehidupan rulll...masing-masing ingin mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan..itu sudah ditakdirkan....

aku hormati pendapat ko arul...kerana aku pun ingin melihat satu sistem yang lebih baik berjalan untuk generasi yang akan datang tetapi situasinya sekarang sudah menjadi amat genting dengan adanya perkara-perkara yang disebutkan oleh arul di atas...jadi apa yang perlu kita generasi akan datang lebih terbuka dan melihat dan menilai apa yang berlaku sekarang sebagai pengajaran utk menghadapi hari esok yang kita tak tahu bagaimana kesudahannya.


jd mcm entry plak rulll hahaha...aku jarang balas komen dah terkomen jd panjang plak...haha..aku komen sebab aku suka ko punyer komen dan aku memang sentiasa menantikan komen2 yang best dari ko....

arituarini said...

harap klau boleh diubah..tp rasanya diaorg mengharapkn tk jadi tu..tu yg disush2kan..kih kih kih.. tq..

arituarini said...

seperti pemandu dan penguatkuasa tadi tu..walaupun tukar kereta pun tp ttp org tu yg bawak.ttp disaman..seboleh2nya tidak bg pemandu tu bawak kereta..

sudahnye tunggu dan lihat..boleh ke tk boleh tukar ..

Unknown said...

isu serius mcm ni,bui tak pandai sgt nak komen..lagipun bui tak minat sgt hal2 yg berkaitan dgn politik..tp lepas baca ni bui baru faham apa sebenarnya yg berlaku pasal BERSIH ni..hrp2 takder apa2 yg buruk berlaku nnt..*_*

Terbelog said...

jelas,nyata, terang bro
aku x pandai sgt nk komen
tp cuma
HARAPAN
Malaysia selamat
untung sgt dah kita tenteram skrg ni
x mcm negara2 lain
nyawa di hujung tanduk

Afrida Abdullah said...

owh..baru faham...pepun..harap2
perhimpunan nie berjalan dgn lancar...xde kacau bilau berlaku...