Thursday, August 4, 2011

Entry info | bonus dua bulan untuk kakitangan awam 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera, cerita pasal bonus lagi....kali ni Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi. 

Apa yang perlu jika tuntutan ini menjadi kenyataan prestasi dan perkhidmatan perlulah dipertingkatkan. Apa yang aku lihat perkhidmatan kaunter di jabatan-jabatan kerajaan masih lagi lemah dan tidak mesra pelanggan. Oleh itu jika mahu menuntut lebih , kenalah usaha dan buktikan kepada kerajaan dan pelanggan yakni rakyat jelata bahawa kakitangan awam adalah yang terbaik dalam menjana pembangunan dan perkembangan ekonomi negara, kerana apa aku cakap macam tu ? kerana duit yang dibayar kepada mereka itu adalah duit rakyat yang bekerja dan membayar cukai saban tahun.


14 comments:

uncle said...

uncle setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

ArulchelseA said...

btul bro..harap2 ada la bro..kih kih kih...

Cheq Sue said...

ada alhamdulillah... xde masyaAllah.... heeeeeeeeeeeeeeeee

simanis said...

nak dapat 2bulan tu mcm mustahil la pulak...duit dah abes beli cincin...mane nak keruk lagi???

aimaniman said...

akak harap sangat walaupun harapan dalam lumpur aaa.... btool tut duit dah buat beli cincin ngan gelang ngan persiapan nak PRU ke-13... so gigit jari je lee korang

Khairil said...

harap2 tahun ini orang gomen dapat le bonus...amin...

cucu umie said...

ayie tak kerja..so, tak thu sgt ah..heheh

Aida Omar said...

pehh.. mmg terbaik nie. Alhamdulillah rezeki2.. :)

Fitri Senin said...

sebagai org gomen sy setuju ada le org gomen ni yg pemalas.. :) tapi bila diberikan ruang, sebenarnya di pejabat kami ni tidak diberi peluang, tidak diberi kebebasan bersuara mcm yg keje di swasta tu. Cabaran kami tetap sama tapi gaji kami berbeza. Motivasi kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik takde..dengan alasan takde duit..So harapnya berilah kami peluang untuk baiki diri ye

fardhilah said...

bagi yang bekerja dikaunter, kalau dapat ketua unit yang hampeh pun susah jg nak tingkatkan prestasi. kdg² yg buat hal pelanggan yang xboleh terima syarat...

sy slalu jg tgk keadaan di hospital dimana pt kadang² datang dengan cara yang kurang sopan, lepas tu bila lambat skit layan mula lah nak komplen sana-sini mentang² la hosp kjaan ye tak.. Itu hospital. Tapi pada kaunter contohnya JPN, HASIL so far layanan ok je.

Bui Junaidi said...

harap2 ada lah kan
syok jugak soping baju anak2..
kalau takder,huhu..menangis tak berlagu lah jawapnya...*_*

mawarseri said...

wah...bestlah camtu....hihi..

pssstt: tq bg komen tu, tapi x retilah nak godek2...hamba budak bari belajar, BUdak ke?

alif haris said...

wow !! bonus2 ~ come to papa :D hehe

diana said...

dah banyak tuntutan yang kerajaan tak ambik peduli pun..
kadang2 rasa macam cuepacs ni belakon je konon macam berjuang untuk pekerja2 awam...
padahal pekerja awam cuma dapat apa yang kerajaan sudah tetapkan awal2..
yang kita tuntut tak di bagi perhatian...