Thursday, August 18, 2011

Entry info | kalau AirAsia pun terkejut kita apatah lagi...!!!! isssskkk....



Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini baca paper ruangan bisnes ada tertera di ruangan paling atas tentang Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) memberi kejutan kepada AirAsia  dengan pengumuman MAHB yang akan menaikkan bayaran perkhidmatan penumpang antarabangsa (PSC) daripada RM 51 kepada RM 65 di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan beberapa lapangan terbang berstatus antarabangsa lain. Manakala di LCCT dan terminal 2 Kota Kinabalu akan dinaikkan daripada RM 25 kepada RM 32.

Ekoran daripada itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat pendapatan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia dijangka terjejas dengan kenaikan bayaran yang diumumkan MAHB. 
Bank pelaburan itu menganggarkan bahawa setiap syarikat penerbangan itu perlu membayar tambahan RM9 juta setahun bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun, HLIB dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, kedua-dua syarikat penerbangan itu kemungkinan memindahkan kos tambahan tersebut kepada para pelanggan.

Aku sengaja bold dan merahkan ayat di atas adalah kerana ianya berkaitan dengan pelaggan a.k.a kita. Tapi kalau baca apa yang dikatakan oleh Timbalan CEO AirAsia Datuk Kamaruddin Meranun, beliau agak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh MAHB tu kerana tanpa perbincangan dengan pihaknya dan beliau menegaskan situasi ini merupakan satu tindakan terkebelakang, tapi bagi aku walau apa pun jenis tindakan sama ada terkedepan atau terkebelakang yang untung mereka dan keluarga-keluarga mereka. 

Dan kita hanya menanti dengan penuh harapan agar  ianya tidak menjejaskan kualiti hidup kita yang sememangnya bagi aku sudah jatuh...contohnya dulu kita pakai RON97 dan kini hanya mampu menuang RON95 dalam tangki motor dan kereta kita....aku melihat isu ini bukan hanya dari segi perbezaan harga tetapi dari segi turunya kualiti hidup dari yang baik kepada yang kurang baik. Apatah lagi nak dapat yang terbaik, jauh sekali laaaa...

p/s : selamat berpuasa sahabat.

14 comments:

Unknown said...

tambang murah akan jadi tambang mahal!!

::FAIZ:: said...

naik harga la nanti.. hm

Shorim Kasih said...

susahnya nak balik pula..dah la negeri jauh..urusan pula mcm2 ..

Anonymous said...

OMG!

arituarini said...

kualiti bgys mkin mhal..diaorg mna nk tngung..kita la yg kena..

Azeelia Azman said...

semua benda nak naek harga.haihh.

MARIA LIZA said...

camne nak travel lepas ni..confirm tambang mahal giler..baru plan nak gi Bandung...

afzalsukasuki said...

sebab tu aku taknak naik kapal terbang..aku nek kete je.sudah lama aku jangkakan..mesti ada muslihat di belakang cerita yang direka!haha :D

harrazdani said...

semua komentator : biasa laaa adat berniaga..huhuh

maria liza : tak banyak sangat katanya ..huhuuhu penumpang airasia tambah 45 sen seorang dan penumpang MAS 64 sen...huhuhu

s u a r a h e a R t y said...

Wow . . .wajah baru . . .sama ngan tema raya saya tahun ni . . :)

Bicara Bisu said...

asslam..

waduh2..

tp cm na pon sy tetap takoot nek kapai teqebang niee

Unknown said...

lepas ni kalau tak mahu kena caj tu minta beg payung terjun dari air asia...x mau landing kat airport...hehe

syuxer said...

perghh semua nak naik harga huhu...dimana lagi slogan murah murah murah..

Cikya said...

lepas ni dah takboleh nak kerek-kerek bajet balik dengan flight dah..
fikir 40 kali kalau nak fly..
T__T
semua nak naik apo kes..