Thursday, August 18, 2011

enty santai | korang makeover / edit blog untuk kepuasan diri atau orang lain??????



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Perlu ke kita makeover a.k.a rebranding blog kita agar nampak lebih baik dan menepati kehendak dan citarasa semasa. Ada orang kata, buat apa nak ikut kehendak dan citarasa semasa..aku punyer blog ikut aku jer lah, tapi bagi aku apa yang dimaksudkan di atas tu sebenarnya perlu juga diambil kira...kerana apa? kerana aku berblog untuk kepuasan diri dan orang lain iaitu para sahabat yang sudi membaca blog picisan aku ni. Oleh kerana itu aku membuat sedikit perubahan pada template blog ni.

Apabila aku melihat dah ramai bertukar kepada template yang lebih kemas dan menarik, jadi sedikit sebanyak aku pun rasa nak tukar, tapi yang jadi masalahnya aku tak tahu nak buat macam mana. Jadi kebetulan sambil-sambil blogwalking aku mintalah pandangan dan pendapat daripada abgteror seorang blogger otai, tentang blog aku ni. Nak tahu apa pendapat dia.....cam kat bawah ni.


Bila beliau mengutarakan pendapat sedemikian, jadi apa lagi, aku tanya dan minta dieditkan blog aku yang boleh dianggap standart dan suci bersih ni dan hasil perbincangan aku dan abgteror, beliau bersetuju nak edit blog ni dan memulakan kerja-kerja pengubahsuaian dengan lafaz yang mulia ....


Moralnya kalau nak buat sesuatu perkara, seelok-eloknya amalkan apa yang dilakukan oleh abgteror ni..insyaallah hasilnya akan memuaskan hati kita, selain apa yang kita lakukan tu dapat ganjaran disisiNYA. Beberapa jam kemudian maka terhasillah newface yang boleh kita lihat hari ni..ok tak ? jom tengok apa reaksi mereka-mereka yang singgah selepas blog ni diedit ....








Terima kasih kepada mereka yang prihatin tentang blog aku ni, dalam komen tersebut ada juga yang menyamakan template ni dengan template yang abgteror gunakan sebelum ini semasa beliau masih berkecimpung dalam dunia blogspot dahulu, tetapi bagi aku ada bezanya cuma mungkin pada kombinasi warna yang digunakan. Kalau aku lihat semua komen yang diberi boleh dikatakan semuanya positif. Tetapi aku tak boleh nafikan ada juga yang berunsur negatif, dan itu aku tak boleh nafikan kerana kita ni manusia ada pelbagai-bagai pandangan dan pendapat. Dalam hidup ni aku nak bagitau...kita perlu cepat sesuaikan diri dengan apa jua perkara, baik positif mahupun negatif. Yang negatif kita perlu fikirkan secara lebih rasional dan berlandaskan akal fikiran agar ianya sentiasa dapat membantu kita agar tidak terkeluar dari landasan asal...paham tu.huhu

SHOUTBOX
Lagi satu, ada juga kepada sahabat-sahabat yang pada mulanya agak kekok nak cari shoutbox kat blog ni..jadi aku minta maaf atas kesulitan itu, ada !!!!  cuma kene tengok betul-betul kat atas tu, sebelah entry terbaru dan di atas gambar bicara kata tu...jumpa tak ikon shoutmix tu. Biasalaaa benda baru ni...dah lama-lama ok laaa...Kesimpulannya aku sangat berpuas hati dengan proses pembaharuan ini dan aku harap ianya juga lebih menyegarkan mata-mata sahabat yang singgah di blog harrazdani. thanks abgteror yang sentiasa bersedia memberi nasihat dan pandangan sepanjang proses pengubahsuaian ini.

Kesimpulannya, make over atau pengubahsuaian pada blog yang salah satu elemennya adalah pada template sesebuah blog adalah penting agar kelihatan lebih kemas dan segar. pengubahuaian tak semestinya tertumpu pada template ianya merangkumi segala apa yang terpapar di blog kita. Sebelum ini aku sentiasa menukar gambar-gambar di bicara kata untuk sesuaikan dengan keadaan semasa, atau ingin berkongsi kata-kata hikmah yang diuntaikan oleh tokoh-tokoh yang aku tampalkan gambarnya di blog aku sebelum ini.

p/s  aku nak ucapkan  selamat berpuasa, dah masuk hari yang ke-19...cepatnya masa berlalu..apakah kita sudah manfaatkan 18 hari yang dah berlalu dengan sebaik-baiknya??? insyallah kita semua tergolong dalam mereka-mereka yang terpilih untuk mengimarahkan malam-malam yang terakhir ini.subhanallah..


16 comments:

Halawatul_Insyirah said...

blog nampak lebih kemas dan tersusun :) yang penting sesuai dengan cara dan kehendak penulis..

kiz said...

dua dua bro...sebagai salah satu tanda orang mudah ingat blog kita..my opinion je..huhu

Syuxer said...

perlu makeover or edit blog neh bagi nafas baru dalam berblog..

kalau lama2 nanti jemu plak hehe..janji kita edit untuk kepuasan sendiri or bukan nak meriakkan diri..

simanis said...

kemas dan mantap...

el-janna said...

kalau make over blog sebab kepuasan sendiri la.. tapi jangan sampai syoksendiri^^

make over supaya org tertarik dan ingat pada blog kita. sekurang2 nye pada header^^

blog bro org ingat je ni. sebab comel sgt budak tu^^

Khairil said...

boleh buat kat blog aku pulak ke dani?...hehe

cucu umie said...

okay shje nie bro..nice and simple.. kalo d templetes baru akan menaikkan smbgt lagi nak berblog..

ArulchelseA said...

kdg2 ikut keadaan suasana..sbelum ni mcm tk tersusun sikit blog aku..tu aku ubah..utk tmbah lebih menarik...ehh!!menarik k blog aku tu kih kih kih kih

yatie Awang said...

betulahkan, kadang2 pendapat teman blog perlu diambil kira jugakan, untuk keselesaan kita dan pembaca...

untuk templete baru, kakak pun suka

Terbelog said...

terbaik..
tp blog ko isi2 entri pun dah best
template mcm mne pun aku ttp singgah hehe

saya cello191 said...

selalu tukar template utk kpuasan diri sendiri..^^

ecadwinkyasha said...

edit blog tuk keselesaan kita juga visitors.Macam eca,eca edit blog bukan sebab suka-suka..eca edit setelah dengar pendapat orang lain.baru sume pihak pun senang hati. :)

psst,eca puwn baru edit blog,jom singgah nak?..hehehe :)

abgteror said...

alamak dani....pas isyak tadi terus tertidor. semangat nak balik kampung kot rinie..kasik siang awal....hehe. ape pun, templete sebenarnya memainkan peranan besar dalam pengenalan diri kita dalam dunia blogger. macam bro dani, gambar anak yg cute tue mmg org akan ingat sampai bila2....kekemasan, ringan load, susunan yang menarik dan entry yang mantap dah cukup untuk buat pengujung selesa untuk sentiasa mengunjung. selamat berblog bro....semoga perubahan nie akan menaikkan semangat bro untuk terus berkarya. abgteror cuma membantu mana yang patut. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

ABU said...

arghhhh!! makin jeles dgn en dani..blog makin mantop tamplet baru lagi tu..bersih dn smart..alexa pun hebak.. en dani tinggal bli domain je lagi..
serius tabek sama lu.. :)

kotak bulat said...

semoga rupa baru ni menambahkan semangat HD tok terus menghasilkan entri yg best.. :)

pamie said...

haha..sy la tu yg tak jumpa2 shoutbox tu..kekeke..