Sunday, August 21, 2011

Entry info | mesej dari langit 20 Ramadhan.....betul ke? hmmmmmmm....

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dah sampai Kelantan lewat malam semalam, maka bermulalah misi mencari makanan-makanan lazat untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Wife aku tunjuk satu mesej yang beliau terima awal pagi semalam 20 Ogos 2011 macam ni bunyinya ....
 
"salam. From Dato Dr Mazlan, our Head of Astrology Department. Tonight at 3.25am Macca time the moon will circle around the kaabah, this will have an effect on the sky. The sky will have a blue light. This will the be time of acceptence of prayers.This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am Mecca time. Malaysia time will be on 8.25am. So London time will be at 00.25am."
 
Aku salin sebijik sebijik macam dalam hp wife aku tu, agak keliru dengan perkataan "circle around the kaabah", adakah bulan mengelilingi kaabah?.. Jika benar kita tak boleh nafikan kuasa tuhan berdasarkan logik akal kita kan. walaubagaimanapun memang sering kali kita terima akan mesej-mesej sebegini terpulang pada diri kita untuk buat pertimbangan, tapi bagi aku 50 | 50, apa yang penting dalam bulan mulia ni kita buat amal ibadat bukan kerana tanda-tanda tertentu. Kita buat sepanjang masa kerana Allah itu maha adil dan maha bijaksana. subhanallah.

15 comments:

Anonymous said...

8:20pm mlm ni ke???

Unknown said...

sgalanya mungkin terjadi

apa pun kt mencari redha Allah

IMANSHAH said...

Salam

betoi ke ni ek

arituarini said...

btul ke ni..ermmm...

*dah blik kg ke..wahh best la cari mcm2 kuih..kih kih kih

Fathiah Hamim said...

kelantann rasa nya pernah pegi masa umur 4 tahun je kot. hehe

mesej tuh tak pasti kesahihan nya kan.
tapi macam encik dani cakap, kita kena beribadat dengan ikhlas, jangan tunggu tanda je.

Unknown said...

rasanya cuma propaganda syarikat telko..hoho..
cba bca kt newspaper..

Anak Wak Mail said...

wallahua'lam,,beribadah kerana Allah..=)

Unknown said...

dah start cuti dah ke?...lamanya...hehe

rasa2 ini sms berangkai...

caliph shuriken said...

abaikan jaa mesej style cmni.. kita teruskan amal seperti biasa ^^

Unknown said...

selamat bercuti..kim salam dengan orang kelantan yer..hehe

mesej tu kdg2 ada yg betul,kdg2 ada jugak tak betulnya..terpulang lah kpd kita nk percaya atau tidak..

Tinta Lana said...

Setuju ngan abgdani, mostly msg2 macamni, cukupla kita berada pada 50/50 situation.. tak perlu percaya sangat.. yang penting, kita berusaha yang terbaik, setiap hari. Bukan sekadar hanya bila perkara pelik, unik macamni nak berlaku, baru kita terhegeh2..

~~ sekian lama tidak berkunjung kesini, banyak pula perubahan ya..terkejut kejap..kejap jela,hehehehe. Selamat berpuasa n selamat hari raya aidilfitri juga bt abgdani sekeluarga ^__^

Unknown said...

dh lama x ke kelantan

syuxer said...

kena dok mekah baru tau betul ke tak msg tuh huhu..tapi banyak mesej2 camni tersebar waktu tika dulu..huhu

Abu Hamizan said...

Wallahu 'alam bis showab...hanyalah Allah yang tahu

Unknown said...

singgah sat n follow kamu...
jemput2 la datang ke blog mata hitam