Thursday, August 11, 2011

Entry info | Penentuan Sneijder ke United 24 jam lagi



LONDON – Perpindahan Wesley Sneijder ke Manchester United semakin menjadi kenyataan apabila bintang Inter Milan itu dijangka menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dalam tempoh 24 jam lagi. Perancang utama Belanda itu berharap dapat mengadakan rundingan rasmi dengan kelab Liga Perdana itu di London, hari ini, selepas aksi persahabatan pasukan kebangsaannya dengan England di Wembley yang dibatalkan kerana rusuhan.

Berikutan itu, Sneijder mengambil kesempatan mempercepatkan proses rundingan dengan meminta kebenaran daripada majikan sekarang, Inter, untuk dia berbuat demikian. Sneijder sebelum ini memberi bayangan bahawa rundingan tidak rasmi telah pun dimulakan mengenai perpindahan tersebut, dengan kedua-dua kelab terbabit dikatakan bersetuju pada 32 juta pound (RM157 juta).

Wakil kepada bekas bintang Real Madrid itu berada di Milan semalam untuk mengiringinya ke London dengan harapan dapat memeterai kontrak bernilai 200,000 pound seminggu. Sneijder meraih gaji lumayan bebas cukai di Itali yang bersamaan dengan 250,000 pound seminggu di England. Justeru, terpulang kepada kesanggupan United untuk memecahkan struktur gaji sedia ada kelab itu atau tolak ansur pemain terbabit. Bayaran gaji tertinggi dalam struktur United adalah sekitar 180,000 pound seminggu.

Bagaimanapun, kelab Old Trafford itu mempunyai tarikan tersendiri untuk menambah baik tawaran mereka iaitu populariti di seluruh dunia yang pastinya dapat meningkatkan pakej berkaitan hak imej. Sneijder juga memiliki perjanjian tajaan peribadi bersama Nike, yang juga penaja utama pakaian United dan timbul dakwaan bahawa syarikat gergasi barangan sukan Amerika Syarikat itu sanggup terlibat sama bagi memastikan ketibaan pemain tajaan terkemuka mereka di kelab terbesar tajaannya. – Agensi

p/s : aku harap perpindahan  Sneijder ni jadi kenyataan...boleh gantikan scholes yang dah bersara. Glory-Glory man United....

6 comments:

ArulchelseA said...

chelsea modric tk lepas2 lg ni..Mu leh dpt tu.. ih kih kih

Syuxer said...

set2 kitow..:)..glory2 man utd..tapi gak tom cleverly tuh boleh pakai dah tuh hehe

harrazdani said...

arul : apesal chealsea selalu potong line MU...dulu jhon obi mikel..sekarag MU nak modric dia pun nak ..huh.

syuk : cleverly hebat tapi perlu back up player pengalaman...dia mcm wilshere...

cucu umie said...

mantap ah kalo sneijder pergi MU..masyuk kot..

alif haris said...

yeaahh ! terbaik kalau dia betul pindah :) hehehe

Bui Junaidi said...

hubby bui pun berharap dia ni dpt ke MU..nasib baik Giggs tak bersara lagi..still dpt tengok dia main..hehe..glory2..