Thursday, August 11, 2011

Entry renungan | Muaz dan Auf bin Arfa" kanak-kanak terbilang di medan Badar


gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ni entry ke empat pada hari ni..banyak plak entry hari ni...sembahyang tarawih tadi  nak habiskan lapan rakaat pun dah tak boleh nak bukak mata dan nak berdiri pun macam dah tak larat. Tapi bila dah habis lapan rakaat cergas pulak menapak balik....Daripada empat saf dah jadi satu setengah saf...bila aku berpaling kepada mereka-mereka yang masih kekal...terlihat aku ada antara mereka yang sudah lebih setengah abad umurnya masih berdiri teguh dibelakang imam dan terselit juga kanak-kanak yang masih muda umurnya. Tetiba aku berasa malu pada mereka-mereka ini. Hebat mereka ini, aku ni macam mana pula. isssskkkk malu aku pada diri sendiri..tapi langkah tetap diteruskan...lemah betul.

Berbicara mereka-mereka yang hebat ini aku terfikir sejenak zaman Raulullah dulu..bulan puasa pergi perang beb. Cuba kita bayangkan. Malam ni aku nak bawa satu kisah yang boleh membuatkan air mata aku mengalir membacanya kisah tentang dua orang remaja Ansar iaitu Muaz bin Arfa' dan Auf bin Arfa'  masing-masing berumur 15 dan 16 tahun. Mereka berdua hadir dimedan peperangan Badar, mereka berdua ada bersama Abdul Rahman bin Auf semasa tentera islam sedang berdepan dengan tentera Quraisy. Dalam masa yang sama Abdul rahman bin Auf berkata dalam hatinya "kalau boleh biarlah mereka yang lebih dewasa dan berpengalaman berada dikiri dan kanan aku dalam peperangan ini. Tetapi yang ada di kiri dan kanannya ketika itu ialah Muaz dan Auf....

Di saat genting itu Muaz bertanya kepada Abdul Rahman " pakcik, adakah pakcik kenal Abu Jahal ? aku dengar beliau adalah orang yang paling banyak sakiti nabi Muhammad SAW, tunjukkan dia kepada aku !! aku ingin membunuhnya...kemudian Auf juga bertanyakan soalan yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf. lepas mendengar pertanyaan budak-budak tersebut barulah Abdul Rahman tenang kerana yang berada disampingnya bukan calang-calang pemuda.

Beberapa ketika, Abdul Rahman bin Auf menunjukkan siapakah Abu Jahal kepada kedua-kedua pemuda tersebut, belum sempat habis Abdul Rahman berkata-kata mereka berdua telah menyerbu Abu jahal yang sedang di kawal ketat oleh para tentera Quraisy sambil melibas-libas pedang di tangan mereka. Abu Jahal terkena serangan mereka berdua tetapi tidak parah. Tetapi Auf yang berada di tengah-tengah tentera bukan islam itu akhirnya dibunuh oleh Ikrimah anak Abu Jahal dan Muaz  sempat berundur sambil mempertahankan diri dari serangan tentera Quraisy. 

Akhirnya sebelah tangannya terpotong tetapi masih tergantung dibadan. Dia berjaya berundur sampai ke tempat tentera islam. Namun selepas dibalut tangannya, dia terus berperang, tetapi tangan yang hampir putus itu menggangu pergerakannya... Akhirnya beliau memijak tangan yang hampir putus itu dan diputuskan terus tangannya supaya lebih mudah dia bergerak...akhirnya Muaz bin Arfa' syahid dalam perang Badar....Masyaallaaahhhhhh....dimana kita pada hari ini...aku berfikir dan termenung sejenak. Aku cuba terjemahkan semangat yang suci itu pada diri kita pada hari ini.....kalau nak dibandingkan semangat  aku tentang cinta kepada islam aku tak berani nak katakan aku mencapai 1 peratus daripada semangat Muaz dan Auf tentang cintanya pada islam, malahan mungkin kurang  dari itu.....berapa ramai antara kita hari ini yang benar-benar semangatnya seperti dua orang kanak-kanak itu......renung-renungkan dan selamat beramal. setiap kali aku terkenangkan kisah ini aku jadi hiba..jadi setakat ini dulu...;(

7 comments:

cik kiwi's said...

mereka adalah jailul mau'ud yang patut kita contohi..:)

Cikgu Jaja™ said...

subhanallah.subhanallahh..kerdilnya aku di hadapanMu ya Allah..saya malu menjadi seorang guru ketika ini.malu kerna tak punya jiwa sekental muaz dan auf..malu..

SoLy SoLicious said...

pernah dgr citer ni.. jihad yg dilakukan oleh mereka teramatlah besar...

Karya Hati said...

berasa sgt kecil apabila membacanya..huhu

kotak bulat said...

memg terasa kerdil sungguh.. jauh sgt jika nk dibndingkan semangat umat islam pada hari ni.

arituarini said...

jauh kita bro..kita masih disini..

Aien Not Alien said...

jauh dan kerdil diri ini..