Friday, August 12, 2011

entry info | engkau kalah engkau bayar.....haram bro..



“Niat bertaruh futsal, ‘siapa kalah dia bayar’ adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian,” kata penceramah bebas itu seperti yang dipetik oleh HMPenceramah bebas Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas isu remaja gemar membuat pertaruhan yang melibatkan sukan futsal.


Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan, maka  permainan itu salah di sisi agama kerana mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur sukan itu diharuskan. Kata Ustaz Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal ‘siapa kalah dia bayar’ menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.

“Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa,” katanya.“Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.


p/s benda ni bukan melibatkan futsal jer...banyak lagi.

6 comments:

Aku Afzal said...

bukan setakat futsal..pasukan mana kalah, belanja atau kalau ko dapat tackle awek tu, aku banje.semua tu unsur2 perjudian dalam masyarakat kita

Syazwan Che Deraman said...

thank for sharing bro..

wan_cikgumuzik said...

len kali bagitaw kat depa.. nak main kolek duit sama2.. tak laa jadi haram kan.. hahaha..

ArulchelseA said...

alamak aiii..aku selalu main snooker kalah bayar ..klau main tong2..tak cuak la..tk de sungguh2 lak nnt..kalah pun tk pe..ih kih kih kih

alif haris said...

tapi kalau niat orag yg kalah tu diperbetulkan boleh kan .. dgn niat nk blnje ..

tp hati orag mane kita tahu .. kalau die byr dlm keadaan terpksa so kat situ dah jadi haram dikira judi ..

caliph shuriken said...

game ni mahal jgak skali main.. so ramai bet wktu main futsal...