Sunday, October 9, 2011

sembilan sepuluh sebelas | 3S penuh makna



Salam to all my friend, 9,10,11 kalau korang perasan laaa,  jangan ambik pegi tikam pulak sebab orang yang main tikam-tikam nombor ni takder otak..bukan aku cakap ye syarikat nombor itu sendiri  cakap" Tipu Orang Tiada Otak" is TOTO..miahahahah....

9,10,11 bukan apa pun kalau tengok ianya adalah satu susunan yang biasa kita belajar sejak  kita boleh mengira....tak tahu laaa ada orang kira lepas sepuluh dua belas. Kalau bab nombor ni orang cina memang ada nombor-nombor specialnya tetapi sejak akhir-akhir ini orang melayu jugak sibuk berkira-kira tentang benda ni...ada 'ong' maaa...aikkk ini dah lebih cina dari cina ni..ahha.

Tapi bagi aku tak ada salahnya cuma jangan kita sandarkan kepada faktor tuah a.k.a "ong" kerana tu semua dosa besar wooo...mungkin ada segelintir orang-orang melayu pentingkan nombor ni untuk senang diingat..maka hari ini ramailah orang yang buat majlis..khawin laaa, beli kereta baru laaa, naik rumah baru laaa.dan macam -macam lagi...insyallah kita doakan mereka yang bermajlis hari ini semuanya akan mencapai apa yang dihajati dunia dan akhirat...

9,10,11..kalau korang perasan hanya tahun depan jer lagi kita boleh lihat susunan ini,,10,11,12 dan selepas itu...tunggulah 88 tahun pulak...mungkin aku dah takder masa tu...kalau ada pun dah tua sangat dah...tapi kalau ada lagi mesti aku buka baca entry aku yang ini..memang sentimental woo....hari tu 01-02-2103...perghhhh..1,2,3.

Panjang pulak celoteh aku pasal nombor ni..miahahahah...Apa yang penting kita perlu melihat setiap nombor ini sebagai tanda aras untuk kita semua mengukur sejauh mana dan apakah bekalan dan amalan yang telah kita penuhi untuk ke sana...kerana kehidupan ini sebagai satu peperiksaan...tapi ada bezanya dari segi masa...kerana dalam hidup ini kita tahu bila kita masuk ke "dewan" peperiksaan tetapi kita tidak akan tahu bila masa berakhirnya peperiksaan tersebut....

Oleh itu kepada mereka yang sentiasa tekun menjawab dan tenang akan mencapai kejayaan...tetapi jika kita lalai dan banyak habiskan masa dengan termenung dan tidak berbuat apa-apa....keputusannya akan mengecewakan kita....Justeru bermula lah dari sekarang..bukan bila diberitahu masa sudah cukup baru nak gelabah dan terpinga-pinga...kerana masa tu dah terlambat sahabat ku semua....

p/s pesanan untuk diri aku sendiri....dicoret pada 9-10-11..

11 comments:

ArulchelseA said...

oo nombor cantik jugak ni bro..

Khairil said...

it just a number....tapi kdg2 nombor ini memainkan peranan yg besar dalam hidup seseorang tu...cuma jgn kita sampai beranggapan bahawa nombor yang boleh menentukannya...sebenarnya qada dan qadar dari allah itulah yang sebenar-benarnya....

amranaiman said...

huhu aku xprsan.. arini 9 10 11 :P :)

harrazdani said...

ARUL : hahaha ko no cantik laju jer ..jgn tikam sudah laa bro.

khairil : itulah yang sebaiknya pun bro..jgn terlalu taksub dengan nombor2 ni.

amran : biasalaa hari tak kerja...tarikh pun kadang2 kita tak ambil tahu sangat.

AIEN NOT ALIEN said...

kadang-kadang terlepas pandang nombor cantik ni...hihi...


011011 hari tu umur saya bertambah setahun...cantikkan..hihi

kotak bulat said...

no cantik..ptut la ramai kawin arini..hehhe

SoLy SoLicious said...

anak jiran lahir hari ni..betuah na die...heeee

JG said...

yer saya pun baru perasan tarikh hari ni no cantik. tahniah pada pasangan pengantin yg menikah hari ni huhuhu

abgteror said...

cantik kan bro tarikh lahir gua....heppy birthday to me.

kiz said...

nombor yg tersusun.. aku pun tak perasan la..kah kah..

caliph shuriken said...

owh 3S nombor tu..

tapi klau sy skrg ni, 3S tu..
sales, service, spare parts ^^