Sunday, October 9, 2011

BAUCER BUKU RM200 UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI | BAJET 2012





Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang diumum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.

Beliau berkata, langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.“Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam

P/S gunakanlah ia sebaik mungkin yer....

sumber : abgteror

1 comment:

WS said...

Visit with smile...Check it ...visit & smile back.