Saturday, October 8, 2011

komen perlu dibalas....betul ke???...

gambar lama....tapi memang inilah rutin kami berdua..di MPH

Salam to all my friend, nak blogwalking internet slow sangat, dah siap loading page korang pun...cari shoutbox takder.. jadi aku taip entry jer laaa..nanti insyaallah aku balas balik. Betul ke kalau kita tak membalas komen-komen di entry seolah-olah kita tidak menghargai mereka yang datang komen di entry blog kita?, aku dapat info ni daripada sebuah buku berkaitan ilmu blogger ni semasa teman anak aku di MPH tadi, tapi tajuk bukunya aku lupa..mihahahahha ( tiru gelak simanis )

kini lebih santai....tak boleh nak cakap apa..mesti nak landing macam ni..huhu

Jadi secara spontannya aku terfikir tentang aku yang kurang ataupun amat jarang membalas setiap komen yang diberikan oleh para sahabat aku. Jadi aku ni dikira tak menghargai komen sahabat aku laaa....sorry laaa kalau ada yang beranggapan macam tu... realitinya aku bukan macam tu. macam laaa banyak sangat aku terima komen..miahahahah. opsss banyak sangat gelak pun tak boleh..nanti hati mati..itu pesanan Rasulullah swt...kene ingat tu.

Aku kadang-kadang tak membalas komen bukan kerana tidak menghargai...tetapi aku beranggapan adakah mereka akan datang kembali melihat jawapan yang akan aku berikan, atau sekadar drop komen tanpa membaca entry yang aku tulis...contohnya tengok tajuk pasal belanjawan 2012...tup tup komen...nice bajet 2012...huhuh...

Tapi apapun selepas ni aku akan membalas setiap komen dan pandangan rakan-rakan aku...kerana ruangan komen tu bagi aku ianya merupakan salah satu medium untuk kita berkongsi pendapat dan pandangan tentang isu yang diberikan...komunikasi mesti berbentuk dua hala barulah berkesan kan...selepas ni aku beranggapan mereka semua akan datang balik untuk melihat feedback dari komen yang diberikan..Kerana dalam buku tersebut menyatakan demikian...\\

Aku dah aplikasikan membalas komen di entry bajet 2012 kat bawah ni.

22 comments:

syuxer said...

aku stail balas komen ngan membalas kunjungan dorang n drop komen entri terbaru korang..

kalau dorang tanyakan sesuatu baru aku balas dalam komen entri aku..

Unknown said...

Tia sama macam syuxer .. Tia balas dengan menyinggah blog dorang balik . kalau nak balas komen dalam entri Tia tu jugak , harapan je lah .. miahahaa .. ups :)

Anonymous said...

dulu semasa di awal penglibatan saya dlm blog ruangan komen tu spt perbincangan. tapi kini sy lihat blogger skarang x mcm blogger dulu. mungkin kesuntukan masa kot tambahan lg yg kalo blog tu byk komen jenuh gak dia nk membalaskan. (^^,)

harrazdani said...

syuxer : aku setuju tanda kita menghargai....itu lebih ok raanga kan..

tia : tp rasanya perlu jugak tia balas komen di entry tu....beri signal kepada mereka yang lain bahawa tuan blog memang ambil perhatian....

JG : mcm saya ni ok laaa kan...komen ciput jer..miahahaha

MD said...

jika mereka meninggalkan komen kepada saya,insya allah akan dibalas...

SoLy SoLicious said...

xsemua akan kembali dh folo up komen.so, kdg kalo komen bukan berunsurkan soalan, sy biarkan aje.... nak lg selesan, pi terjah belog die lah..heee

harrazdani said...

MD : betul...kalau ada maa apa salahnya...

soly : sekarang juga saya g terjah...haahh

arituarini said...

Klau ada yg perlu dijawab aku bals jugak bro..

caliph shuriken said...

style sy balas setiap komen sbb x semua yg singgah sanggup drop komen.. so ni salah satu cara sy hargai diorg yg singgah ^^

cik ungu said...

kalau 5,6 komen boleh la nak balas. kalau byk, terasa malas nak reply satu2. tp insyaAllah still reply cuma lambat. tapi komfem takde yang dtg balik tengok jawapan komen. jadi rasanya tak perlu reply komen pun xpe, tapi harus lawat balik blog dorg dan tinggal jejak sbg tanda yg komen diorang tu kita dah terima dan baca.

Anonymous said...

kadang2 aku balas jugak... kot2 memang ada yang singgah balik.... janji kita drop balik kat blog diorang kan.... takpelah kalo diorang tanak baca pon... nk buat camna... takkan nk pksa kot T^T

harrazdani said...

arul : sama laaa ngan aku..huhu

caliph : hang setuju laaa ngan entry ni..balas komen tanda penghargaan.


cik ungu : balas jejak tanda komen mereka dah kita terima dan baca..hmmm

red : sedih..huhu,,think positif laaa kan..huhu

afzalsukasuki said...

dulu aku balas jugak bro, tapi sekarang seyes tak sempat.tinggal kejap je..aku tgk dah berjujuk komen.so aku balas dengan komen kat entry2 dorang je la.fair n square :) tolong menolong tak gitu? :)

shamyheart said...

Wajib balas kunjungan balik. Cepat atau tidak belakang kira.

Bukan senang orang nak tinggalkan komen.

Pada saya, kalau orang tak membalas kunjungan saya setelah kita pergi komen2 kat blog dia, tu maknanya tak nak berkawan dengan saya.

Kalau datang blog saya balik tapi tak komen entri pun, maknanya tak ikhlas nak berkawan. Jadi, cari orang lain la untuk berkawan.

harrazdani said...

afzal : hang sekarang dah femes bukan cam dulu...miahahahaha

sha : alamak..sekarang jugak sy pergi terjah..huhuhu

LiFe KaMi said...

dulu masa kami guna platform komen disqus ,grenti mesti balas semua komen kawan2..
tapi sekarang da balik asal komen blogger, takde butang reply pula.. cuma kadang2 balas diblog kawan2 tersebut je..:)

harrazdani said...

life kami : thanks komen..;)

Ca Ezah said...

klo ca balas jer..sajer suka menaip..hehe..pastu pi terjah diorng balik...

simanis said...

Salam...

Saya memang akan membalas setiap komen sahabat yang datang...Bagi saya, itu lah cara saya menghargai komen komen mereka...Di samping itu, sebagai bonus, saya juga akan melawat blog mereka...2+1 bukan?

Bila saya tak membalas komen? When I am too sick or mood ke laut!
miahahaahaha...

Thanks for the backlink, friend!

Unknown said...

aku tgk juga komen...kalau yang perlu balas aku akan balas...kdg2 mungkin org tak faham atau silap faham mengenai entry kita..jadi kita boleh terangkan ia dgn membalas komennya....memang ia satu bentuk komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca...

wachak said...

Bergantung kepada keadaan. Kalau komen itu perlukan penjelasan atau soalan, kenalah jawab tapi bagi sy, sebagai balasan atau menghargai apa yg mereka lakukan, balas komen tersebut ataupun singgah balas ke blog pengomen tersebut dan komen entry mereka. sy rasa mereka lebih suka dan menghargai entry mereka dikomen sebagai balasan.

ps : setuju juga pendapat Khairi komen merupakan komunikasi dua hala antara penulis dan pembaca.
pss : komen adalah antara cara terbaik utk mendapatkan back link.
psss : salah satu cara sy mendapatkan 6 / 7 BE dari nuffnang serentak adalah meninggalkan 10 ke 15 komen sehari di belainan blog. sy x mejaminkannya tapi itu yg sy lakukan. Maka rajin2 lah mengomen dan tinggalkan link blog anda di setiap entry dimana blog yg anda singgah.

sekadar ingin berkongsi. maaf jika ada yg tidak setuju dgn pendapat sy.

Unknown said...

wahhh nice2...sy pon akan rjinlah komen...fuhhh