Saturday, October 8, 2011

isi-isi penting bajet 2012 | ringkasan bajet 2012 ( dari pemandu teksi sehinggalah pak menteri)



Salam to all my friend, di bawah ni ringkasan Bajet 2012, jadi tak perlu baca ucapan PM yang panjang lebar tu, daripada 1 hingga 40 point kat bawah ni agak-agak ada yang kene mengena dengan korang tak...kalau ada senyum laaa sikit...alhamdulillah kalau takder tu cuba lagi tahun depan..hahahah..tapi yang confirm -confirm  aku tak masukkan ialah cadangan menaikkan elaun ahli parlimen....sebab tak mungkin ada ahli Parlimen singgah baca blog aku ni... dieorang semua pergi dinner di hotel 5star meraikan cadangan tersebut, dan mungkin sedang berkira-kira nak tambah golf set lagi satu...yang rakyat marhaen ni dapat sedikit imbuhan fikir nak beli susu yang berkualiti sikit untuk anak pasni, duk belek-belek kepingan lusuh dalam dompet yang memang sedia terburai berapa helai agaknya akan bertambah impak bajet kali ini......macam tu laaa dunia... Tapi apapun aku rasa bajet kali ini adalah terbaik...takder pengumuman projek mega macam tahun lepas...sememangnya semua pihak dapat merasa dari pemandu teksi sehinggalah pak menteri...;)....inilah implikasinya jika ada persaingan  yang berkualiti di Parlimen...masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi jaguh di mata rakyat tanpa membelakangkan kepentingan masa depan negara dan anak bangsa di masa hadapan..insyaallah Malaysia akan terus maju dan makmur.
 
RINGKASAN BELANJAWAN 2012
1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

5. RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

7. Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.

9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

13. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

15. Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.

16. RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

17. 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

19. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

20. Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

21. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

22. Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.

23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.

27. Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

30. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.

32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

33. KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

36. RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

37. Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.

39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

sumber : http://sukakereta.blogspot.com/

20 comments:

chegu said...

budget terbaik...hasil keseimbangan dan saingan kuat antara kerajaan dan pihak pembangkang

simanis said...

no 15 :
pemansuhan yuran akan menjadikan ilmu lebih tidak dihargai. seperti buku2 teks yg deberikan secara percuma, bertaburan merata rata dicampak pelajar...

no 37 :
seringgit je cas pesakit luar...yang lain dicas berganda ganda!

stellaizz said...

hanya mampu tersenyum dgn bajet 2012..tp dlm hati cetttt kontrak aku akn ditamat kan.....

Unknown said...

akan ada macam persepsi mengenai bajet ini selepas ini...kita tunggu lihat dan dengar sajalah lepas ni...tapi bagi aku bajet ini kira seimbang...ada masuk ada keluar...

arituarini said...

bajet yg sempurna..yg tk sempurna bajet dari pakatan rakyat..kih kih kih..

*apa yg pm ckp mcm ketul2 emas keluar..

Suarapeople Dot Com said...

bajet 2012.....ada kena mengena ngn pru ?

Anonymous said...

Abang Suara: semestinya la ada kena mengena huhuhu

Unknown said...

apa yg pekerja swasta dapat ??

kongkekman said...

..cali makei..teksi dah nok ko...lah boss..ekonomi down nie..

SoLy SoLicious said...

wahhh..no 20 tu suke2..heee

Terbelog said...

x pyh la pinjaman rumah sampai setengah juta
turunkan harga rumah/tanah sudah
puas nak tanggunbg hutang banyak2

harrazdani said...

chegu : tetapi kadangkala kesimbangan itu dipandang sini oleh ebelah pihak...

harrazdani said...

simanis : pemansuhan yuran ni dah lama...cuma ibu bapa terbeban bukan kerana yuran persekolahan, tetapi yuran PIBG, yuran peratuan, yuran pembangunan...dan bla bla bla....

harrazdani said...

stella : kalau kontrak tak disambung bermakna rezeki stella ada ditempat lain....huhu

harrazdani said...

khairil : ada masuk dan ada kurang ...itu lumrah dan hukum hidup ini.....mesti ada sifat lawannya...cuma kita perlu pandai menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan...

harrazdani said...

arul : tiada yg sempurna dalam kehidupan ni....biasalahhh pihak mana yang nak menunjukkan mereka tak sempurna...hanya rakyat yang akan menilainya...

harrazdani said...

abg suara : kebarangkalian itu tetap ada....generasi sekarang dah terbuka mindanya...pandai-pandailah menilainya...

harrazdani said...

khairul : para pekerja swasta akan turut merasai impaknya...ttp secara tidak langsung...skim persaraan pekerja swasta juga akan turut membantu para pekerja swasta untuk persediaan hari tua.

harrazdani said...

soly : peluang yang terhidang jangan dilepaskan....buat persediaan dari sekarang agar kita nampak lebih menyerlah dari yang ramai...:)

harrazdani said...

terbelog: aku setuju, kerajaan seolah2 membuka ruang ke arah itu...