Salam to all my friend dan selamat hari Jumaat, di office aku ada seorang kristian dan kadang-kadang beliau memberi salam apabila berjumpa aku dan kawan-kawan islam yang lain, jadi aku yang kurang ilmu agama ni dan tak berapa arif tentang adakah perlu aku menjawab salam tersebut. Jadi aku membalasnya dengan senyuman jer, takut beliau terasa hati. Sebelum ini aku ada juga terbaca tentang jawapan dan cara jawapan salam kepada orang bukan islam ni, boleh kita menjawab tetapi dengan syarat dan cara-cara tertentu. Petang tadi aku melihat satu status yang di postkan di wall Dr MAZA berkaitan dengan isu yang aku nyatakan di atas yang aku petik seperti di bawah ni.
Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (riwayat ini bertaraf hasan).
Dalam riwayat yang lain dalam al-Adab al-Mufrad juga di bawah bab Iza Kataba al-Zimmi Fasallama, Yuradd ‘Alaihi (Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.
4 comments:
aku ada belajar benda ni dulu.rasanya jawapan yang kita beri waalaikumussalam alaik kot.Ada beza dengan jawan salam yang diterima dari orang Islam.
*tapi kenapa kwn bro tu bg salam?ikhlas @ niat mempersendakan?
dia ikhlas...kalau tgk dari reaksi luaran laaa...dia pun dah berumur..nak pencen dahhh...
kalo setakat maen2, tak jawab takpe ke?
sebab yang bagi salam tuh budak cina yang memang samseng suka kacau orang.
ase nyee boleh kowt jawab yg penting ida ikhlas bagi salam.
kalau setakat niat nak main2,xpyah jawabkowt .hehe (:
Post a Comment