Monday, September 19, 2011

Cara tangani file hilang dalam Portable Hard Disk | beringat sebelum terkena !!!!


Salam to all my friend, sebelum tu aku harap tiada siapa yang akan menganggap aku adalah seorang pakar it a.k.a hakers kerana entry ini, untuk makluman aku hanya copycat artikel ni daripada utusan online untuk berkongsi dengan korang semua. Aku tahu kebanyakkan daripada kita mempunyai Portable Hard Disk  untuk menyimpan maklumat-maklumat penting tentang kerja dan data-data personal kita, tapi kadang-kadang kita terlupa bahawa ia mempunyai kelemahan dan kebarangkalian kita akan kehilangan data atau maklumat penting yang kita simpan dalam Portable hard Disk tersebut. jadi di bawah ni aku kongsikan sedikit ilmu yang aku harap berguna untuk kita bersama.

Saya telah membeli sebuah Imation Apollo Portable Hard Disk Drive 500GB. Selepas itu saya telah memasukkan fail-fail penting ke dalam cakera keras tersebut. Malangnya baru-baru ini cakera keras tersebut tidak dapat digunakan kerana tiba-tiba tidak dapat dibaca oleh komputer saya dan komputer yang lain. Lalu, saya telah pergi ke kedai tersebut dan dimaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan dan cakera keras itu perlu diformat. Saya tidak berpuas hati kerana fail-fail yang terdapat di dalam cakera keras tersebut sangat penting. Malah, mereka tidak mahu menggantikan cakera keras baru dan mahu menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Saya sangat kesal dengan situasi ini kerana fail-fail tersebut amat penting untuk saya. Apa yang boleh saya lakukan? SEKIRANYA cekera keras atau hard disk tersebut dihantar untuk dapatkan jaminan mendapat cakera keras yang baru atau pembaikannya, data-data yang ada di dalamnya tidak akan dikembalikan. Jadi, perlu dapatkan kembali data-data tersebut terlebih dahulu sekiranya perlu sebelum dihantar ke pihak pengeluar.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.

* Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.

* Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.

* Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.

* Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukkan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk. Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.

* Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.

* Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data

n TestDisk - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.
http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk

* Recuva - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/

* PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.
http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec

* Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.
http://www.aumha.org/a/recover.php

n Undelete Plus - Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.
http://undelete-plus.com/

n Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dan dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.

8 comments:

Pure Mahabbah Fillah said...

tq..berguna sgt info nie...

Bro ahmad said...

mahal bro benda ni..tapi sekarang tak memerlukan lagi..pc personal je..data benda nak letak..bukan kaki donlod huhh.

ArulchelseA said...

berguna jugak ni bro..tq

harrazdani said...

PMF : most welcome ..;)

bA ; sama laaa kita..kaki bangku jer...huhu

arul ; yg aku tak boleh blah ada tips letak dalam peti sejuk tu....amacam?

Khairil said...

ada kelemahan juga external hard disk ni..bagus lagi dari tak ada langsungkan bro?...

harrazdani said...

rill : memang bro, tapi jgn terlalu bergangtung pdnya...

caliph shuriken said...

pnah guna recuva utk urgent case aritu, huh...

Cik Azizah said...

ooo ada gak kelemahan eh..jijah main masuk je macam2 folder tak sedar ada kelemahannya..ada 2keping external hard disk ni..ni yg kena jaga leklok ni..