Salam to all, pemandangan kat atas tu aku ambil time aku melawat Dubai baru-baru ni, tak sangka pula aku kat sana pun ada COURTS, banyak lagi signboard yang tertulis tulisan jawi ni, yang paling bestnyer bangunan Parti MCA pun ditulis dalam tulisan jawi. aikkk kat Dubai pun ada cawangan MCA ker??? hahahah kantoi....Pemandangan ini sebenarnya boleh kita lihat di Bandaraya Kota Bharu, Kelantan.
Tulisan jawi benar-benar dihidupkan di Negeri ini. Hidup dalam erti kata ingin diperkasakan dan ditonjolkan agar ianya tidak terus lenyap ditelan zaman. Kalau ikutkan masyarakat kita pada hari ini berapa kerat jer yang benar-benar mahir dalam membaca dan menulis dengan menggunakan tulisan ini.
Mungkin ada orang kata, buat macam ni nak menunjuk-nunjuk bahawasanya kita ni lebih islam kerana tulisan jawi adalah sangat sinonim dengan agama islam. Tetapi jika kita lihat dari sudut tarbiah dan didikan secara tidak langsung individu yang melihatnya akan terfikir tentang islam dan sesungguhnya sesuatu yang kita buat jika ianya akan mengigatkan orang lain pada islam, insyaallah ada ganjarannya di sisi Allah SWT, yang penting kita lakukan dengan ihklas.
p/s : Kebersihan di Bandar KB pun dah semakin baik..insyaalah dengan penerangan yang berterusan dan penambahbaikan sistem penyelenggaraan akan bertambah teratur dan bersih.
7 comments:
wahh bila pegi ni bro.. tak ajak pun.. kih kih kih.. mamak banyak tk kat sana..kih kih kih
dubai xprnh g ...kota bharu rjn doh g ...hehe
bestnya dah sampai sna.. bila agaknya turn syiela ;)
syiela : adeh tak baca abih laaa ni..huhuhu
tak pernah sampai KB lagi..hee~
Dulu kawe tok brehi nok melawat 2 negeri...Penang dge KB...kotor! Loni, nak nak tahun kawe ke KB...beli puyuk belango dge pingge mangkuk! hehehehe...
Penang masih kotor, dan KB semakin menjelira kan...kehkehkeh!
minggu depan turun kb lagik bro....ade kusus plak kali nie....bonus skali balik kampung....huhu
Post a Comment