Friday, September 2, 2011

Entry santai : Taruk iklan ngeri-ngeri ingat orang takut ker..??????



Salam to all,  dua tiga hari ni dengar radio tentang kempen menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung dan balik semula ke rumah masing-masing . Ironinya iklan tersebut untuk menggalakkan para sekalian rakyat menggunakan pengangkutan awam pada musim perayaan ini kerana ianya lima puluh kali ganda lebih selamat. Memang aku tak nafikan ianya lebih selamat berdasarkan statistik yang dikeluarkan, tetapi adakah dengan cara sedemikian pihak yang berwajib berkempen untuk menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan awam yang bagi aku mutunya tidaklah sehebat yang digembar gemburkan.

Sampai bila minda kita ini perlu dimomokkan dengan iklan-iklan yang bercorak ngeri dan mendatangkan ketakutan untuk mencapai sesuatu objekif yang disasarkan. Cukuplah iklan gambar-gambar penyakit dan implikasi daripada tabiat menghisap rokok di kotak-kotak rokok yang bagi aku sedikitpun tidak memberi kesan kepada perokok. Malahan Kerajaan membelanjankan berjuta-juta wang rakyat melalui kempen "tak Nak" yang kesannya tidak berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.

Oleh yang demikian sudah tiba masanya pihak yang berwajib atau kerajaan menggunakan cara yang lebih ilmiah dan terpimpin dalam menyeru rakyat melakukan perubahan atau melakukan sesuatu perkara yang baik. Bukan dengan cara seperti di atas yang menanam ketakutan pada sesuatu perkara. Pihak berwajib perlu memberi pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran yang dilaksanakan sepanjang masa, aku ulangi sepanjang masa dan bukan hanya bermusim seperti sekarang ini. Contohnya tentang kempen keselamatan jalanraya, hari ni sibuk suruh pengguna menggunakan pengangkutan awam...kerana apa? kerana lebih selamat katanya...walhal jika setiap pengguna telah ditanam dengan sikap dan cara berfikir yang positif sejak dari awal bagi aku semua pengangkutan adalah selamat.

Justeru kesedaran daripada kesan ketakutan yang timbul bagi aku takkan kekal lama, anak yang hormat pada bapanya kerana kasih sayang dan ilmu pengetahuan tentang pentingnya menghormati seorang ayah lebih baik daripada mereka yang menghormati ayahnya kerana takut akan kebengisan dan kegarangan seorang ayah. Samalah juga dalam bab lain dalam hidup ini. Buat sesuatu perkara kerana kesedaran akan memutikkan keihklasan berbanding buat kerana ketakutan kerana ianya akan.

p/s doakan aku selamat dalam perjalanan ke Johor petang ni..


10 comments:

Muhamad Zulkarnain said...

jom join contest raya ni http://zulzol.blogspot.com/2011/08/hari-raya-photo-contest-2011.html terbaik punya :-D

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

sume tu terletak pada akal fkiran msg2..

letak iklan ngeri2 pon cam xder gunanya lau perasaan ngeri xddak..


moga perjalanan ke johor selamat semuanya..

aminn..

harrazdani said...

MZ : iklan ker komen.@#$%^&)_

nusya : thanks...

kiz said...

pokok pangkalnya diri kita sendiri..selamat memandu ke Johor..singgah la n9..haha

kotak bulat said...

betul... macam2 iklan untuk keselamatn jln raya ni.tp bnda ni kne dipupuk dari awl.. sepanjg jalan beraya, ramai yg bawk kereta tak berhati2.. sb iklan tak berkesan pun..bnda ni kne ditanam dalam diri pemandu, bukan hanya diletak saja..

BlogJi-aku said...

kalau kita hati2, org lain tak hati2..kita kena jugak kan..

simanis said...

macam org hisap rokok juga la...pada kotak rokok ada gambar ngeri mcm2...ada yg kaki buruk, jantung buruk, gigi buruk, mulut buruk...sikittttttttt pun tak heran...sebab???

semua tu bkn bdn mereka yg kena...

::budak:: said...

tula hakikat manusia skrg..semua ikut hati je xpyh nak ikut iklan..

Fathiah Hamim said...

tak takut punnn. haha

iKhRam said...

kempen-kempen sebegitu adalah usaha.. hasilnya adalah diri kita sendiri..

kadang2 macam usaha dah dibuat oleh kerajaan. cth pada perokok.. nak buat cara tegas, dengan naikkan harga rokok - takut ramai pulak yang memberontak. ramai pulak yang nak berhimpun. Almaklumlah hari ni, rakyat kita tak boleh dijentik sedikit pun, mudah benar melentingnya..

jadi kempen-kempen secara halus dijalankan. guna cara paling berhikmah. dengan cara menasihat dalam kaedah paling tersirat.

letak gambar macam-macam penyakit. tp mentaliti rakyat kita ni suka ambil jalan pintas yang mudah. tak nak ambik pusing mesej kempen, ditutupnya gambar.. bila dah terbiasa, dah tak amik pusing pun..

tp dalam masa yang sama, hati dan akal terfikir jugakkan keburukan merokok..

begitu jugaklah dengan kempen-kempen yang lain. sepatutnya, kalau kita ni warga yang bestari, kempen yang mudah mcm ni sepatutnya dah boleh buat kita berfikir dgn panjang..

tetapi kenapa juga tidak berjaya.. malah dianggap seperti membosankan, tak de inovasi dalam berkempen.. dan sebagainya

persoalannya kenapa ??
sebab mentaliti rakyat kita jugak..

jadi sebarang usaha yang dijalankan tu sepatutnya kita ambil faedah dengan kadar yang paling maksimum

jangan sekadar memberi kritikan, namun tiada tindakan susulan atau penambahbaikan dari kita.

apapun
satu entry yang menarik dan wajar diberi perhatian.