Wednesday, August 31, 2011

Entry info | siapa Mat Indera?




Salam to all, sosok tubuh ini agak popular sejak akhir-akhir ini. Jadi aku search dalam internet cari serba sedikit tentang beliau. Artikel ini aku ambil  dari Berita Harian online. NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.  Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera. Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera. 

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.  Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.  “Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. 

2 comments:

ISP said...

ermm..entahlah kan..byk sgt pendapat org ramai ni..ada yg sokong ada yang tak..:)

Khairil said...

Salam bro...dibawah ini ada satu komen yang dipetik dari sebuah artikel yg disiarkan di sebuah laman web yang membicarakan tentang isu Muhamad Indera @ Mat Indera yang hangat mutakhir ini...

Mat Indera adalah nasionalis Melayu yang telah terpedaya dengan dakyah komunis PKM. Jika benar beliau mahu memerangi penjajah beliau boleh lakukannya bersama-sama orang Melayu Islam yang berjihad menentang penjajah British mengapa harus mendapatkan pertolongan komunis PKM yang mempunyai agenda dan pakatan sulit mereka sendiri? Komunis adalah TETAP PENGGANAS sama ada SEBELUM atau SESUDAH kemerdekaan. Tahun 1950( bila peristiwa Bukit Kepong berlaku) adalah tahun di mana Malaya berada di ambang kemerdekaan di mana Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1948. Pada masa itu proses peralihan pentadbiran Malaya daripada penjajah British kepada pemerintahan warga tempatan sedang berjalan misalnya penyediaan perlembagaan negara, sistem pilihan raya, sistem parlimen dan lain-lain lagi sebelum mereka kembali ke negara asal mereka. Peranan penjajah British pada masa ini tidak sama seperti penjajah British sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa ini British adalah pemerintahan peralihan kuasa yang di kenali sebagai BMA ( British Military Administration). Namun mengapa komunis PKM tetap mahu melancarkan perang terhadap penjajah British pada masa itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami. Ini tidak lain tidak bukan dengan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu maka cita-cita komunis PKM untuk menguasai pemerintahan Malaya pada ketika itu telah berkecai. Manakala jika mereka turut sama mencuba nasib di dalam pilihan raya mereka sedar pasti mereka akan kalah kerana hanya segelintir kaum Cina yang akan menyokong mereka manakala majoriti kaum Melayu memang menolak fahaman komunis. Maka komunis PKM tiada pilihan lain melainkan melancarkan dakyah menentang penjajahan Britsh dan memerdekakan Malaya dengan perjuangan bersenjata. Walhal pada masa itu proses untuk kemerdekaan Malaya sedang berjalan namun kemerdekaan ini tidak menguntungkan komunis PKM. Jika benar perjuangan mereka untuk menghalau penjajah British mengapa setelah British lama meninggalkan Malaya mereka masih tetap memerangi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu? Amat malang kepada Mat Indera kerana termakan dengan dakyah palsu komunis PKM dan berjuang di atas platform yang salah. Ini samalah seperti Mat Sabu yang telah termakan dakyah dan pujuk rayu DAP agar perjuangan komunis PKM diberi pengiktirafan sebagai pejuang kemerdekaan...

wallahualam....