Monday, September 19, 2011

Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur | gangguan bekalan air berjadual di Kuala Lumpur 28 Sept 2011



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air seperti berikut :

Tarikh/Masa ganguan
28 September 2011 (Rabu), 8.00 malam hingga 5.00 pagi, 29 September 2011 (Khamis).

Sebab-sebab ganguan
Kerja-Kerja Pengalihan Paip Bersaiz 600mm dan 375mm Untuk Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Jalan Pudu/Jalan Imbi/Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kawasan-kawasan terlibat
Wilayah Kuala Lumpur

Seluruh kawasan Bukit Bintang (Jalan Alor; Jalan Tong Shin; Jalan Angsoka; Jalan Nagasari; Jalan Beremi; Jalan Bidara; Jalan Changkat Bukit Bintang; Jalan Binjai; Jalan Gading; Jalan Walter Grenier; Jalan Yap Tai Chi); 

Seluruh kawasan Jalan Imbi (Medan Imbi; Jalan Khoo Teck Eei; Jalan Horley; Jalan Barat; Jalan Selatan; Jalan Utara; Jalan Kampung; Jalan Punai; Jalan Melati; Jalan Melur; Jalan Kemunting; Jalan Davis); 

Sebahagian Jalan Sultan Ismail (Persimpangan Jalan Raja Chulan hingga Persimpangan Jalan Imbi); 

Sebahagian Jalan Raja Chulan (Persimpangan Jalan Sultan Ismail hingga Persimpangan Jalan Tun Razak);

Sepanjang Jalan Changkat Thambi Dollah; 

Sebahagian Jalan Pudu (dari Stesen Puduraya hingga persimpangan Jalan Tun Razak); 

Seluruh kawasan Jalan Brunei (Jalan Baba; Jalan Nyonya; Jalan Brunei Selatan; Jalan Brunei Utara; Lorong Brunei); 

Sebahagian Jalan Sungai Besi (Persimpangan Jalan Loke Yew hingga persimpangan Jalan Pudu dan Seluruh Jalan San Peng);

Seluruh kawasan Jalan Kijang (Jalan Kanchil; Jalan Landak; Jalan Pelanduk; Jalan Seladang; Jalan Beruang; Jalan Rusa); 

Seluruh kawasan Jalan Pasar (Lorong Sayur; Jalan Pasar Baharu; Lorong Yap Hin; Jalan Gajah; Jalan Badak); dan 

Seluruh Jalan Foss.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my ; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Harap maklum.

p/s kawan-kawan yang berada di kawasan yang terlibat tu, simpan air secukupnyer yer, takut nanti ada yang tak mandi plak.

3 comments:

arituarini said...

ooo ada ganguan air..ingtkan ada ganguan makhluk halus tadi bro..ok tq bro untk info ni.. kih kih kih

Anak Wak Mail said...

tak mandi la orang kl bape hari ni ye..

Niena Muhammad said...

oOO tpi sy kt Melaka :D