Monday, October 31, 2011

AKTA UNIVERSITI & KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971 | SEKSYEN 15(5)(a) AUKU 1971 MELANGGAR PERLEMBAGAAN....PULAK DAHHH!!!



Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam kegiatan politik, sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor, April tahun lalu.
Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka. Seksyen berkenaan menyatakan, tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.
Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; and Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai lalu. – Utusan

9 comments:

ArulchelseA said...

mengarut semua ni..kih kih kih..

amranaiman said...

xah.. haha mari berpolitik :P

ArulchelseA said...

bro salah fhm ni..maksud aku tu..auku ni mengarut dari dulu lg...skang bila mahkamh putuskan mcm ni apa kerajaan nk buat lg utk tutup mulut org..kih kih kih....

LadyBird said...

macam2..
sampai bila nth AUKU ni akan dikekalkan..

aman_arab said...

ala tu baru keputusan mahkamah tinggi..lepas ni loyar gomen pi buat rayuan kat Mahkamah Rayuan..terbatal la keputusan Mahkamah TInggi ni..macam yang depa selalu dok buat la ni..politik memang hampeh!

Syuxer said...

AUKU--tak patut diwujudkan, dorang dah besar, dah tau nak beza berpolitik dan belajar dan juga perkara baik buruk..pemimpin masa akan datang lahirnya dari mahasiswa dan mahasiswi kebiasaanya, so better dedahkan mereka lebih awal untuk menjadi mereka lebih matang dalam berpolitik..

jangan sekat kebebasan mereka nak berpolitik, dorang dah bersunat dan lebih 21 tahun dah..kira dah matang..kalau kerajaan prihatin dengan masalah rakyat, dorang sendiri akan support kaw2 kerajaan malah kerajaan boleh rekrut dorang untuk kukuhkan sayap kanan Pemuda Umno..

aleen aiden said...

grrr,xbrape berminat nak berpolitik.hu3

rosmina samin said...

Opinion: AUKU ni untuk apa sebenarnya? untuk menyekat siswa untuk berpolitik? atau sebenarnya untuk mengukuhkan kuasa politik yang sedia ada sekarang.
Ahli senior politik sekarang semuanya bermula dari zaman siswa lagi, langgar akta univ..reformasi, memberontak dan macam-macam lagi, kesemuanya berjaya juga walaupun berpolitik, ye tak? Tak ada hal kalau AUKU dimansuhkan, yang penting jangan terlalu taksub dengan politik sehinggakan belajar entah kemana...Nasihat selesaikan belajar dulu..seimbangkan barulah ok..peace...

Anonymous said...

Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan.

Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.

Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.

Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.

Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.

AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??
--------------
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-mau-ingat-bila-sultan-selangor-tak-berkenan-orang-politik-masuk-unisel.html

SELASA, 09 OGOS 2011 00:12
... Sultan Selangor bertitah lagi, kali ini mengingatkan pihak-pihak berkenaan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya Kuala Selangor.

Menurut Baginda amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.