Monday, October 31, 2011

GAJI BARU DG41 BERASASKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | SISTEM GAJI SEBARIS PART 2




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GAJI BARU DG41 BERASASKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | SISTEM GAJI SEBARIS. Sebelum ini aku ada postkan entry berkaitan dengan isu ini di DI SINI,  jadi aku dapat banyak feedback baik dan negatif, ada yang kata ini adalah penipuan semata-mata, ada yang kata tunggu jer laaa kerani akaun kira. dan macam-macam lagi. kali ini amanarab ada membuat pengiraan semula dan aku lihat pengiraan pada kali ini ada logiknya berdasarkan jangjang arithmetiknya. ada sedikit kenaikan dengan pengiraan sebelumnya. jadi bagi aku tak salah kita mencongak masa depan berbanding mereka yang hanya menunggu dan melihat apa yang akan berlaku..atleast kita bersedia. betul tak? jadi kali ini aku petik sekali lagi dari blog cikgu amanarab tentang isu ini...layan.

Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...

Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..


Gred               Beza (P1-P2 @ P1-P3)
-------------------------------------------
DG 29             12.91%
DG 32             8.7%
DG 34             6.99%
DG 41             11.41%
DG 44             10.68%
DG 48             9.91%
DG 52             9.48%
DG 54             8.77%
-------------------------------------------

Makanya, setelah dikira semula dapatlah satu lagi jadual baru gaji cikgu dalam SBPA nanti..aku malas nak tulih detail dia punya calculation..kalau hangpa tak puas hati..hangpa kira la sendiri pakai Janjang Arithmetik.

Ni gaji DG 48 mengikut idea dari Cikgu Midi.

                               T14 = T1 + (14-1) d
                             8710 = 4786.37 + 13d
                                   d = (8710 - 4789.37) / 13  
                                   d = RM 301.818
  
Ni gaji DG 44.....
                              d x 0.3504 = b
                              301.818 - b = d
                              d = 301.818 - (d x 0.3504)
                              d x 1.3504 = 301.818
                              d = 301.818 / 1.3504
                              d = RM 223.50

Ni pulak Gaji DG 41......
                                Untuk T1 hingga T17:                 
                                d x 1.2253 = b
                                301.818 - b = d
                                d = 301.818 / 2.2253
                                d = RM 135.63


Amacam ok ker pengiraan cikgu amanarab ni. kalau ada keraguan sila berkunjung ke amanarab.blogspot.com

4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

ohh..br jaja faham..ai br dg41.. insyaAllah 5tahun akn dtg dg44. doakan.. :)


yg jaja xfaham kn, kenapa dg29 tangga peratus dia tinggi ea??

duanlang said...

die sbb knaikan die ttp lebih kurang je walau percent bbeza...emmm..kot la...

Ajieda Ajis said...

lain mcm je... naik sampai seribu lebih saya kalau camni... bior betul...

Anonymous said...

Kenaikan sempena mahu mencapai status rakyat berpendpatan tinggi. - Kenaikan bersyarat/ada pembolehubah.-