Monday, October 31, 2011

MUAMMAR GADDAFI | PERSEPSI AKU TENTANG BELIAU.....



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tak habis lagi ker pasal Muammar Gaddafi? memang pun ..kadang-kadang aku terfikir persepsi aku pada beliau sebelum ini silap atau sebaliknya. Aku bukan menganggap beliau sebagai wira tetapi cukuplah sebagai seorang islam yang lantang menetang Amerika dan zionis yang menjadi musuh yang nyata pada umat islam hari ini. Sebelum ini bagi aku media telah berjaya menampakkan Gaddafi sebagai seorang pemerintah yang zalim atau lebih tepat adalah diktator yang kejam. Tetapi apabila aku berbual dengan seorang kenalan tentang hal ini beliau memberi hujah-hujahnya yang bagi aku ada kebenarannya. Dari situ persepsi aku yang negatif pada beliau semakin berkurang dan kini aku adalah neutral..hahah. 
Kadang-kadang kita perlu melihat sesuatu isu itu secara lebih mendalam dan tidak hanya menghakiminya dari segi luaran semata-mata. Aku tak nafikan beliau semasa pemerintahannya ada melakukan sesuatu yang boleh kita anggap tidak baik dan kejam tetapi amat tidak adil jika kita lupakan terus kebaikan dan usaha beliau yang ingin melihat umat islam di dunia ini khususnya di Rantau Afrika terus maju dan berdiri ai atas kaki sendiri.
Walau apapun persepsi kita pada beliau. Beliau sudah pergi menghadap ilahi dan sekarang yang tinggal hanya kebaikan dan keburukan yang beliau lakukan...Tetapi aku memilih elok laaa aku senaraikan sekelumit usaha amal dan kebaikan yang beliau buat untuk kemaslahat umat islam di negaranya dan di dunia amnya. Dan aku yakin tiada lagi pemimpin islam yang berani berbuat demikian kecuali Mahmud Ahmadinejad. Harap tuhan sentiasa melindunginya.
Di bawah ni aku senaraikan usaha bakti beliau yang aku petik dari SINI
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percuma;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

1 comment:

caliph shuriken said...

selepas ni pasti xde lagi usaha bakti cmni selepas campur tangan barat dlm urusan negara libya kn...