Monday, October 17, 2011

GAJI BARU DG41 BERASASKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | SISTEM GAJI SEBARIS | BAJET 2012

info dari Tan Sri KPPA tentang intipati SBPA klik sini
INFO TERKINI !!! BERKENAAN KENAIKAN GAJI BARU DI BAWAH SBPA KLIK SINI

GAJI BARU DG41 BERASASKAN SBPA | SISTEM GAJI SEBARIS | Salam to all my friend sebelum ni aku dah postkan berkenaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), baik dan keburukan sistem ini. Tetapi kali ini aku nak tunjukkan gaji baru DG41berasaskan sistem SBPA ini. Aku dapat ni daripada blog cikgu Rahman a.k.a aman arab. Di atas ni merupakan sistem gaji sebaris yang diguna pakai dalam SBPA kelak...dah takder lagi P1, P2 atau P3....semuanya main tahun jer.

Lagi satu cikgu Rahman juga ada buat sedikit analisa dan pengiraan tentang gaji baru ini ...seperti di bawah ni aku petik ;-

Atas permintaan dari rakan taulan...so aku 'reveal'kan la ramalan aku pasai gaji dalam SBPA untuk DG 41 pulak..tapi sebelum tu, sukacitalah hamba 'explain'kan akan asas kepada ramalan hamba itu...Dengan hanya berpandukan kepada keterangan oleh PM dalam Bajet 2012 sepenuhnya (walaupun maklumat yang PM bentang dalam bajet tu tersangat samar-samar dan tidak cukup maklumatnya), maka aku pun buat la pengiraan guna kaedah Janjang  Arithmetik..aku guna formula [Tn = a + (n-1) d ] ja..

Ok..mula-mula keluarkan dulu maklumat dalam bajet tu..

1. Gaji Maksimum DG 48 = RM 8710.00
2. Kenaikan Gaji = 7 - 13 %
3. Sistem Gaji Sebaris.
4. Mata Gaji akan dipanjangkan.
5. Kenaikan tahunan RM 80 - RM 360

Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...

1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00
2. Ada 2 tangga gaji iaitu  P1 dan P2
3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8
4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16


Berpandukan data tu, so kita akan dapat..

1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85
(aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. )
2. Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai  2 tangga gaji...Maksudnya dalam SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00

Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..

          Tn = a + (n-1) d
8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d
           d =  8710.00 - 4659.85 / 15
           d =  270.01

Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01

Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..

1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85
    maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56
2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45
3. Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah 124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
  
katakan,      a = kenaikan tahunan DG 41
                   b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48

maka,           a x 1.2462 = b .....(1)
                    270.01 - b = a ......(2)

masukkan (1) dalam (2)
                   
                     a = 270.01 - (a x 1.2461)
                     a + (a x 1.2461) = 270.01
                     a ( 1 + 1.2461) = 270.01
                     a = 270.01 / 2.2461
                     a = 120.21

akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21
.
ok amacam pengiraan yang dilakukan oleh cikgu Rahman .....ini merupakan analisis yang beliau buat..jadi kaau ada sebarang pertanyaan atau persoalan sila berkunjung terus ke amanarab.blogspot.com/

PART 2 : GAJI BARU DG41 LATEST !!!!!!!  KLIK SINI 

21 comments:

Cikgu Jaja™ said...

jaja pening tgk kira2 tu @_@ :p

tunz said...

niatkan keikhlasan bekerja...insyaallah rezeki melimpah ruah lagi....insyaallah......

Cikgu Bada said...

biar betul..RM 600 lebih tu kenaikan..tak mungkin rasanya

Cikgu Bada said...

memang tak betul rasanya..kenaikan tahunan makin kurang pulak...kerja je le dulu..tunggu pekeliling ..kang ada yg kecewa pulak

Amie said...

malas dah nak kira...biar kerani kewangan yang urus...

Seri Bahasa said...

untung betol kerja dengan kerajaan ni...banyak rezeki tak mcm kerja ngan swasta takde gred-gred...

nero said...

salah...mmg xbetul langsung..

nero said...

jgn pandai2 buat andaian..nnt ramai sakit hati...let it be ok...yg penting naik bkn turun..

Anonymous said...

dibawah ssm gaji kenaikan gaji tahunan dg41 pada t18 adalah rm150..kalau ikut formula ini yg kenaikan tahunan adalah sama sebanyak rm120 sampai dinding...kan rugi cam tu

roslan said...

lemah org yang mengira gaji ni...tq 4 information

Anonymous said...

lemah pengiraaan ni

Chik Att said...

garu-garu pala ...

tak faham ...
tunggu jaa.....
depa nak bagi berapa .... apa kita boleh buat . mcm mana pun kena keja juga .....

zdn said...

peniuan yang paling nyata.x betul langsung

harrazdani said...

zdn : terima kasih kerana berkunjung..entry ini tiada niat untuk menipu....ia hanya perkongsian info yang diterima daripada kawan-kawan blog lain..harap saudara faham. betul ataupun salah kita tunggu jer..tak salah kita mencongak dan meramal masa depan..;)

kak nor said...

pandainyer.... hehe

NURUL ASHIKIN said...

SAYA MASIH DGA29

Anonymous said...

terima kasih atas usaha untuk kira gaji dan share maklumat ni. tapi pada pendapat saya, pengiraan gaji ni tidak tepat sama skali.

harrazdani said...

RUJUK SINI : LATES PENGIRAAN GAJI DG41...BUKAN PROPA TETAPI SEKADAR BERKONGSI

http://harrazdani.blogspot.com/2011/10/gaji-baru-dg41-berasaskan-sistem-saraan_31.html

kak zmah said...

Kena faham betul-betul baru boleh kira..

Anonymous said...

jgan asik mau untung naik gaji...tanggung jawab diutamakan.,.nanti dapat gaji buta aje...haram tau!!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Dlm sbpa kenaikan gaji ikut perform klau tak capai perform akn diberi surat amaran jika berlaku juga akn diberhentikan kerja utk diberikan kpd org baru....