Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | sistem yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan ‘dasar keluar’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan. Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.
"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima,” katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa CUEPACS untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.
Omar berkata, berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Katanya, dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang. "Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka,” katanya
P/S : Penyelesaian kepada isu umur persaraan 60 tahun..
4 comments:
pilihan yang terbaik utk mereka yang rasa dah tak suka nak kerja dgn gomen...
pencen awal pada umur 40 tahun..rasanya ada yang rela upkan bersara sampai 60 tahun coz dah terbiasa wat2 keje tuh..
tapi dasar ini bagus untuk memberi peluang muka2 baru dapat kerja gomen
mcmana nak keluar dr Kerajaan,,,klu hutang sdh keliling pinggang. Siapa yg nak settlekan? Ada yg loan sampai bersara. Kerajaan kena fikir jalan utk membawa penjawat awam keluar dr beban hutang yg terlalu perit ini. Mereka berhutang sebab gaji terlalu rendah, kos hidup tinggi- barang naik. Bini anak mak pak mau makan juga di rumah. Macamana?
klu dah sign skim baru, tetiba nak pencen 56, adakah dapat graduiti dan pencen pada 56?
Post a Comment