Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Dunia permotoran dunia semangnya bersedih dengan kematian seorang pelumba muda yang berbakat besar Marco Simoncelli di MotoGP Malaysia semalam. Jadi aku tulis ni bukan untuk menghebohkan lagi tentang tragedi tersebut tetapi sikap keji dan memalukan sesetengah penonton pada hari tersebut. Yang sekaligus memalukan Malaysia di mata dunia.Nak kata kurang sensitiviti, rasanya rakyat Malaysia adalah yang paling sensitif kat dunia ni.
Mengapa aku katakan sedemikian, cuba lihat gambar di atas...selepas perlumbaan ditamatkan kerana faktor kemalangan tersebut ada sebilangan penonton yang tidak boleh menerimanya dan natijahnya apa yang boleh kita lihat dalam gambar tersebut..Aku rasa bukan semuanya adalah penonton dari Malaysia kerana sukan tersebut diminati dan disaksikan oleh seluruh peminat sukan tersebut dari seluruh dunia.
Kesimpulannya walau siapapun yang melakukannya, ia berlaku di litar Sepang, dan secara automatiknya Malaysia akan sedikit sebanyak akan merasakan kesan negatifnya kerana mentaliti mat rempit di bawa hingga ke litar bertaraf antarabangsa.
Wassalam.
16 comments:
-bayar rm100 lebih utk grandstand,
-rm60 untuk k1..
-datang dari hujung utara dan selatan semenanjung,,
-sakit pinggang ride atas highway
-tempuh hujan dan panas terik
-tempuh kesekasakan lagi time nak masuk sepang
- last2 dapat tengok rossi,ben spies,stoner main 2 lap jer
hehe..
pasal tu kot..rider-rider buat camtu,,
entri latest=sama saja, di litar Moto GP dan di Stadium
boleh jadi masa tu mereka tak tahu ada eksiden tu kut?.. tapi kelakuan mcm tu memang rendah tahap moralnya...
nak marah pun agak2 la kan...tgk la dulu punca perlumbaan tu d hentikan sebab apa...
ditamatkan perlumbaan atas sebab kemalangan serius hingga menyebabkan kematian...
atas faktor sikap dan disiplin tindakan sebegini [ membaling botol minuman ] tidak wajar.
Erm, tak tahu nak kata apa. Kesedaran sivik sesetengah penduduk negara kita masih rendah..
xde displin la....
bukan kat litar je...kat stadium pun lagi teruk..kalau ada gajah..gajah kena lempar tengah padang.
tidak berhemah.....
tiket satu hal..lg satu mungkin tak tahu ada yg mati kot..
malu dapat pandangan sinis masyarakat luar negara...patut SIC pulangkan la duit tiket tu 10% ke..baru adil sama2
dah mcm jadi budaya pulak. x puas hari je mesti baling2. sampai bila entah kita nak mcm ni.
no komen la pasal ni....
tak profesional la dia org ni..
huhu..xthu plak litar sesepah nie..huhuhu
aikkkkk this is new for me...tak pernah plak tahu mcm ni keadaannyer >_<
Bro aq cuma nak kongsi sal cita MOTOGP nii..! msa tu aq kt paddock stand.. msa kmalangan 2 berlaku aq x nampak.. tpi tiba2 ad RED FLAG di kibarkan..!
pas sume riders dah ad kat paddock aq tengok di antara riders yg pling sedih hanya valentino rosi..! dia menangis kesedihann..! ad 1 orng 2 ngah pujuk dia tpi dia btol2 sedih & x endah kan orng 2..! aq pun trut sedeh cz sumer nii berlaku mcm nii kt litar antarabangs kita nii. (SIC)..
Post a Comment