Thursday, October 27, 2011

KOPI KURANGKAN RISIKO KANSER


KOPI KURANGKAN RISIKO KANSER | Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.  Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus. 

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus. "Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song. 

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus.

8 comments:

aimie amalina said...

sebab tu sy sukeeeeee sgt kopi!
hehee
lagi pahit lagi sedap!

SoLy SoLicious said...

tp xbape suke mnum kopi..huhu

diana said...

wajib minum kopi setiap hari..:p

kay masingan said...

tak tau mana satu yang betul. ada yg ckp minum kopi menyebabkan kanser, dan kini kajian kata minum kopi boleh mengurangkan risiko kanser...

simanis said...

wanita barat terdedah kepada kanser kulit sbb suka sangat berjemur in the direct sun...

*saya x minum minuman manis...

ArulchelseA said...

aku tetap setia dgn teh tarik.. kih kih kih

khairul said...

kena kopi ngan coq pisang time hujan..perrgghh sempoi!

Life Is Beautiful said...

skang nie saya suker sangat minum kopi...especially kopi susu....sedap sangat ^_^