Friday, October 28, 2011

LAMAN WEB RASMI PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) DIGODAM | TRAGISNYER!!!!!!


Nak tgk berapa tragisnya boleh klik sini


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman web rasmi Persatuan FAM digodam, bagi aku itu adalah Kemuncak kemarahan peminat-peminat bola sepak kepada FAM. Tetapi adakah wajar ianya dilakukan sedemikian rupa. itulah kalau dah marah mereka dah tak kira siapa, kadang-kadang terfikir betapa kurangnya tahap keselamatan laman-laman web rasmi di negara kita sebelum ini kita dengar tentang laman web sebuah kementerian juga turut digodam. Ini bermakna betapa senang anasir luar yang tidak bertanggung jawab menceroboh sistem IT di negara kita. Di bawah aku petik dari utusan online. Ini ayat yang sempat aku ambil kat laman FAM tu...gambar tak payahlah sebab bagi aku agak melampau.


"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je"

"Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!


Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam |  pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

wassalam.

18 comments:

arituarini said...

dan skang..wajar lak digodam..kih kih kih..

Unknown said...

marah sunggoh ni

Unknown said...

ha..
tu la..
buat lagi...

ch000tz said...

siyaaannn ! hehe

afzalsukasuki said...

kalau nak ikut aku..aku sokong kena hacked bro.sesekali kena tegur cara macamtu,ckp macam biasa tak paham2 :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 hal jd skg ni..

rafina mimi abdullah said...

tu la..mahal sgt tiketnya..kan dah ada yg berdendam tu..ngeh ngeh :)

AZMI KHAN said...

harga tiket tak nak beragak mahal... dpt lak para hacker yg tak bertamadun yg panas baran mmg kena la....
ingat gaji rakyat malaysia nie besar sgt ke.....
nnt stadium kosong bising lak.....
atoi2.....

eiela said...

kena godam plak dah, tapi memanglah tiket mahal.

Nasz said...

kalau tak puas hati, godam. haha. memang sempoi.

Unknown said...

uishhh..mcm2 hal..tak puas ati terus godam..apakah..?

SoLy SoLicious said...

berapi ha semue penyokong..

Unknown said...

memang patut kena godam pun....

kiz said...

elok godam mereka terus kat pejabat tu je..

Anonymous said...

wuu seramnya..ni mst kes tak puas hati :P

syuxer said...

bila hacker mengamuk hehe

cik kiwi's said...

hahahaha. satu ayat je kiwi boleh bagi bro dani. "padan muko!!!"

caliph shuriken said...

org tamak slalu rugi kn, hukk...