Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengapa perlu malu melakukan perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain ? itu yang menjadi persoalannya sekarang. Islam adalah sebuah agama yang amat menitik beratkan tentang kemaslahatan umatnya. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia khusunya orang melayu yang beragama islam seperti fobia untuk membuat pemeriksaan HIV. Pemeriksaan awal dalam bab perkhawinan misalnya akan menyelamatkan pasangan lain dari terjebak dengan penyakit yang tiada ubatnya ini. Ubahlah persepsi sikit wahai umat melayu yang umumnya beragama islam. Jangan orang luar memandang serong dengan bangsa dan agama kita. di bawah aku petik daripada kosmo online.
aku petik :
Perasaan malu di kalangan orang Melayu untuk tampil menjalani ujian atau mendapatkan rawatan sewajarnya merupakan penyumbang kepada penularan HIV dan AIDS di kalangan mereka. Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, persepsi negatif yang keterlaluan di samping stigma dan diskriminasi masyarakat yang terlalu menebal secara langsung juga menyumbang kepada penularan epidemik itu.
Katanya, menurut statistik, sehingga kini kira-kira 66,000 orang Melayu menghidap HIV diikuti Cina 13,000 dan India sebanyak 7,300."Statistik ini turut menunjukkan bahawa tujuh daripada 10 kes HIV di negara ini berlaku di kalangan orang Melayu yang beragama Islam."Situasi ini telah menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak kerana orang Melayu yang tebal mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam terjebak dengan epidemik atau penyakit moral ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Untuk rekod, sejak 1986 sehingga Disember 2010, epidemik HIV telah menular kepada 91,632 orang dan telah meragut nyawa 12,403 orang.
wassalam.
5 comments:
skang ni sape yang nak kawin mesti buat ujian HIV tu kan?
bahaya ow..baik pergi check,,.
macamman nak check ar?
sikap 'malu' ni ibarat bertepatan dengan pepatah Melayu "berani kerana benar , takut kerana salah"...
takot ada terpalit dosa kot
66ribu? pergh..ramai tu..
Post a Comment