Saturday, November 5, 2011

BAS MEMBAWA JEMAAH HAJI MELETUP | DUA TERBUNUH

DUA orang jemaah haji dari Britain terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka meletup di Arab Saudi dalam perjalanan mereka menuju ke Kota Suci Mekah. Dawud Burbank, 49, dan isterinya baru sahaja berlepas menaiki bas berkenaan dari Lapangan Terbang Jeddah selepas melalui penerbangan dari Birmingham semalam.Bas tersebut yang membawa 29 orang penumpang jemaah haji warga Britain dan Pakistan meletup lalu terbakar berhampiran sebuah jejantas sebaik sahaja melepasi sebuah persimpangan penghubung jalan.
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada keadaan enjin yang terlalu panas menyebabkan api merebak menyambar tangki petrol bas berkenaan. Pemandu bas yang menyedari kepulan asap keluar dari kenderaan telah memberhentikan bas dengan segera. Dia cuba menyelamatkan kesemua penumpang, malangnya Encik Burbank dan isterinya, 48 mengalami kecederaan yang parah akibat letupan. Difahamkan, Burbank dari Birmingham merupakan seorang penterjemah bahasa Arab kepada Inggeris yang terkenal.

Bas tersebut membawa jemaah haji dari Masjid Salafi Birmingham. Abu Khadeeja, dari Institut Salafi berkata:“Saya telah mengenali mereka berdua lebih 20 tahun, beliau seorang yang sangat dihormati, seorang yang baik dan suka mempelajari sesuatu”. “Beliau sangat dikenali dan barangkali merupakan penterjemah Arab kepada Inggeris yang terbaik di negara-negara barat. Orang ramai mengenalinya di Canada dan USA, beliau juga ada menulis beberapa buah buku”

“Beliau sudah menjadi penterjemah lebih 20 tahun – beliau sangat bijaksana”-guablog

3 comments:

izamin said...

subahanaallah :'(

Fur Bites Pet Shop said...

Al-fatihah... moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,.,..

Mummy-Zerry said...

Innalillah...