Saturday, November 12, 2011

GURU KERJA 9 JAM MULAI 2012 ???? | AMACAM CIKGU-CIKGU OK KER..;)





Salam sahabat, mungkin bila dengar pasal perkara ni mungkin ramai yang bersetuju atau tidak tentang perkara ini. Bagi aku perkara ini perlu dikaji dengan sebaik mungkin agar ianya tidak mencetuskan satu lagi polimik baru dalam dunia pendidikan negara kita...cukuplah isu PPSMI yang dilihat satu sistem sekerat jalan..impaknya bukan kecil....terutamanya soal kos kewangan, kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat yang perlu diuruskan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan.

Langkah untuk meguji sistem masa bekerja baharu ini dibeberapa buah sekolah harus dibuat dengan teliti dan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau kerelevenan dan hasil yang akan diperolehi sebelum ianya diimplimentasikan untuk semua sekolah agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pihak. Kepada para guru jika sistem ini diaplikasikan aku ucapkan selamat bertugas..gaji baharu sistem pun baharu....huhu macam-macam.

wasalam.

Aku petik- sumber



Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah. Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu."NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan."Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini."Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

4 comments:

Cikgu Jaja™ said...

aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


sila kaji semula berapa ramai cikgu yang dimasukkan ke hospital sakit mental! ish!!

cukup2 laa bebankan kami. jgn nak samakan kami dgn penjawat awam. kami bertugas sbg pendidik, bukan sekadar melepaskan tjawab mengajar di dalam kelas.kerja mendidik x sama dgn kerja duduk mengahadap komputer, lepak2 waktu lunch dan pulang beramai2.

setiap ms cikgu memikirkan apa yg perlu di ajar. di segenap masa dan ruang kami berusaha mendidik anak2.di kantin, di padang, di pejabat, di tapak perhimpunan bahkan di tandas pon cikgu xpernah berhenti mendidik!!! tolong lah faham. grrr

kay masingan said...

setuju jika tugas guru hanyalah mengajar. isi data-data semua bagi kat orang lain..

Unknown said...

KPM baru nak buat trial run utk sistem waktu bekerja baru ni....moga ada peneyelesaian yg terbaik utk guru2....

Unknown said...

pergh.....teruji nie
lama tu keje
bis ms tuk fmly bila???