Thursday, November 24, 2011

PERMOHONAN ONLINE KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2012


Salam sahabat, khususnya ibu bapa atau adik-adik kita yang telah memperolehi keputusan UPSR baru-baru ini, jadi sekarang tiba masanya untuk kita membuat keputusan ke mana arah perjalanan kita yang seterusnya. Di sini nak kongsikan tentang permohonan online ke MRSM bagi tingkatan 1.

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar  TAHUN ENAM 2011  untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga. 

Pemohon boleh mendapatkan  kata laluan dengan  percuma di semua  Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula  pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi. Pemohon hendaklah membawa  salinan Surat Beranak dan  salinan Keputusan UPSR

2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.  Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.  Untuk maklumat lanjut silalayari laman web MARA di alamat


Permohonan boleh dibuat bermula 17 - 30 NOV 2011

No comments: