Thursday, November 3, 2011

PIKET KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA (MTUC) | KORANG SEMUA TAHU TAK NI???



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru sempat update dan blogwalking..anyway thanks yang sudi datang, buka-buka blog tengok meriah jugak laaaa, still masih cam hari-hari biasa  ...Hari ni adalah hari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat piket seluruh negara. Tak terkecuali sarawak ni, tapi mereka hanya tertumpu di Kuching sahaja. Tu pun bukan piket laa cuma penyerahan memorandum kepada Pengarah Buruh untuk diserahkan memorandum tersebut kepada PM.

Apa sebab mereka berpiket? korang tahu tak ni...mcm ni MTUC ni ingin kerajaan menarik balik pindaan yang dibuat terhadap Akta Kerja 1955. Salah satu faktor bantahan ialah tetang "kontraktor tenaga kerja" , kontraktor tenaga kerja ni lebih kurang macam ni laaa....korang kerja dengan company kicap cap gajah, tetapi yang bagi gaji dan jaga kebajikan korang adalah company marimuthu agency...haha kira Marimuthu agency tu orang tengah laaaa....company kicap bayar company Marimuthu dan barulah korang dapat gaji....jadi perkara inilah mereka tidak setuju...Banyak lagi sebenarnya tapi ini yang paling utama laaa..dan lagi satu korang biasanya akan berstatus kontrak sampai pencen.huhuhu

Bagi aku 'kontraktor tenaga kerja' ni ada baik dan buruknya...Baik kerana korang tak perlu cari kerja duk nganga kat rumah..tup2 check email ada sepuluh tawaran kerja, agency tu yang tolong carikan..lebih kurang macam jobstreet laaaa..dan buruknya kebajikan korang, syarikat tempat korang kerja tak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa...Semoga apa yang akan diputuskan oleh kerajaan membawa kebaikan kepada semua.;)

wassalam

2 comments:

kokser kokdam said...

erkk.. cmne nk komen artikel neh..?

uhuk..

pape pon.. semoga sihat2 sokmo bro..

=D

Unknown said...

yakk..payah tu