Salam sahabat, cuti-cuti panjang ni macam-macam planing ada dalam kepala, tapi hari ni di Kuching dari pagi sampai ke saat ni hujan masih turun tak henti-henti jadi segala planing ditangguhkan buat seketika duduk dirumah jer. Terfikir kepada mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir mesti hati tak senang kan, tapi mereka yang kawasannya memang tiada harapan untuk banjir mesti rasa best jer.. Kesimpulannya bagi aku apa yang berlaku di muka bumi ini mungkin kadang-kadang baik untuk kita tetapi tidak baik untuk insan lain. Sebab tu syukur itu tempatnya sangat mulia disisi Allah SWT.
Malam ni aku nak kongsikan tentang 10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah WT. Aku ambil dari panduanislam.com. Rasulullah SAW telah bersada, “ sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah SAW telah bersabda, “ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya, :-
- Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca seuatu,
- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat,
- Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya,
- Orang lelaki yang melarikan diri,
- Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya,
- Orang perempuan yang suaminya marah padanya,
- Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung,
- Imam atau pemimpin yang zalim dan menganiaya,
- Orang-orang yang suka makan riba,
- Orang yang solatnya tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan perkara yang mungkar.
Hassan r.a berkata “ kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari perbuatan keji dan mungkar. Maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mendirikan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan kembali pada mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Itulah serba serba sedikit perkongsian untuk malam ini, semoga kita semua akan diberkati dan diterima amalan yang kita lakukan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment