Monday, December 26, 2011

SINOPSIS SUATU MALAM KUBUR BERASAP


Salam sahabat, pagi ni aku nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu lagi filem komedi seram yang telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Dis lalu. Aku tak tengok lagi cerita ni, apa kata sebelum kita tengok kita baca dulu sinopsis cerita ni. Kebanyakan dari kita ni akan baca sinopsis dulu baru pegi tengok sebab dari sinopsis tu kita boleh ramal jalan cerita samada cerita tu best ke tidak. Buku pun macam tu juga. Jadi jom kita layan dulu sinopsis kalau agak-agak ok boleh layan esok.

Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung. 

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?

Amacam ok ke, macam biasa jer !!! hmmm...aku tunggu Astro First je laaa....

2 comments:

Fatin Diana said...

Movie ni best gila! Sabtu hari tu baru je tengok :D

MaToVeR said...

dh tengok.... boleh la tahan... best gak la.. hantu 1malaysia.... Atan~.. suke galiii kuburrr... :)