Salam sahabat, kita dah masuk 26 DISEMBER 2011, dan beberapa hari lagi akan menamatkan tahun 2011 dengan jayanya. Insyaallah jika masih ada kesempatan. Aku nak bawa sahabat kembali ke tahun 2004. Masih ingat tak apa yang berlaku pada tahun dan tarikh yang sama pada ketika itu. Iaitu peristiwa tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuklah hampir 70 orang rakyat negara kita.
Selepas 7 tahun peristiwa itu berlalu mungkin ada yang sudah lupa tentang peristiwa tersebut. Aku bukan nak bangkitkan perkara yang sedih tetapi kadangkala perkara yang sedih itu akan membuatkan kita lebih dekat dengan yang maha esa. Sedar diri betapa kita ni lemah dan tidak berupaya menangkis segala cabaran dan dugaan yang ditimpakan.
Semoga kita semua sentiasa bersedia dan mengambil ikhtibar dengan setiap apa yang telah berlaku kerana Allah SWT menjadikan sesuatu itu bukan sia-sia khusus kepada hambanya yang sentiasa berfikir. Alfatihah untuk mangsa tsunami 26 DISEMBER 2004.
Wassalam.
1 comment:
moga kejadian ni membawa iktibar buat kita semua
Post a Comment