Pernahkah dalam sejarah industri muzik atau golongan korporat di Malaysia, satu-satu individu itu menjadikan hotel sebagai kediaman dalam jangka masa yang panjang? tetapi itulah yang dilakukan oleh Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, yang tinggal di hotel 10 tahun lamanya.
“Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya”. ujar Ramli MS.
“Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” kata Ramli dipetik sebagai berkata.
Ramli berkata lagi, beliau telah sediakan sebuah studio mini pada salah satu bilik di rumah tersebut untuk memudahkan kerja-kerjanya ketika di rumah.
Ramli sebelum ini pernah di gosipkan dengan penyanyi bernama Alyah, dan dikatakan perpindahan ini berlaku adalah kerana Ramli bakal melangsungkan perkahwinan dan menamatkan zaman dudanya bersama seseorang dan individu tersebut dipercayai adalah Alyah.
1 comment:
giler kaya duk hotel 10 tahun..tp mmg kaya pun..hukhukhuk..
Pelik kan, pdhl boleh je beli rumah and den amek org gaji 10 orang law xnak pikir pasal rumah bersepah dan sebagainya..
itulah manusia, macam2 ragam kan..law seragam, x warna warni la.. hukhuk
Post a Comment